BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 24, 2010

Islam Membenci Pembaziran

Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” (Riwayat Bukhari)

Huraian :

1. Qarun di zaman Nabi Musa a.s adalah contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya. Dia bersikap bakhil dan boros pada perkara-perkara yang haram sedangkan Islam memerintahkan kita agar bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardhukan.

2. Harta yang dibekukan dan tidak dibelanjakan di tempat yang halal adalah termasuk dalam konteks membazir kerana tiada manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Contohnya tanah yang terbiar tanpa diusahakan.

3. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selama mana seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

2 comments:

CITY® said...

tq sharing info
ingati dan nasihati

Musafir Kasih said...

ur welcome..
utk dr sndri jgk..