BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 31, 2010

tagged

1.TAGGED INI DARI?
Makcik kesayangan : Tinie

2. NAMA PENUH ANDA?
Noor Syuhada bt Mohammed

3. NAMA PANGGILAN KETIKA DI ZAMAN PERSEKOLAHAN?
Sue @ Syu

4. KOLEKSI PERIBADI YANG PALING DISAYANGI, KENAPA?
Kata peribadi,mana boleh kasi tau..hehe..kenapa? sebab peribadi ar..hik3
Ok lah.. Gtau jugak la~Pen Pilot yg abah bagi masa SPM '09..peribadi ke eh?? Sayang sebab abah yg kasi.. Tak bagi pun org len pakai.. Haha


5. LAGU PALING DIMINATI? 1 LAGU JER!
Alief - Nikah..haha.. semacam je klo suke lgu gni

6. ANDA MIRIP SIAPA?
Macam mak sdara dan sepupu..

7. WARNA KEGEMARAN?
Hijau dunia akhirat..

8. JENAMA PILIHAN?
Entah!! Pakai je mana yg ok.. Haha..

9. MINYAK WANGI?
Safi.. Kadang2 Silky Girl.. Yg penting xde alkohol..

10. SIKAP YANG TIDAK DISUKAI?
Sikap sendiri ke sikap org len? Hehe.. Boleh dterimakah jawapannye?

11. ANDA SUKA NO BERAPA & KENAPA?
No 8.. Kenapa suka entah.. Semula jadi agaknye.. Klo dtny.. Pasti sebut no 8..

12. PERISTIWA YANG MEMBERI IMPAK BESAR DALAM HIDUP ANDA?
tak de..hehe..

13. pernah mengalami 'cinta monyet'?
Monyet bercinta macam mana? Wahaha.. Macam xpenah jer..

14. PERNAH 'JATUH CINTA' & DENGAN SIAPA? JUJUR YA...
Pernah!! Dgn family sejak tau erti cinta..hehe

15. 5 TENTANG DIRI ANDA?
- perempuan sejati..hehe
- pendiam tp suka usik rakan2 d alam maya..haha
- suka bertapa..hihi
- tak berapa suke bebudak kecik..hehe..kenape ye??
- suka nasyid.. (da xtau nk letak ape)


Sekian..

Saturday, January 30, 2010

pengumuman!! sila baca..

Assalamualaikum.. Bagaimana cara tuk mengatur ayat ni eh?? Nak cakap tapi xreti..hehe.. Erm.. Straight to the point je la.. Dont belok2 (",)
Sue just nak inform link 1 site ni.. Sahabat2 yg baca post ni, sila la ringan2kan tangan utk klik link ni →

http://pendaftaranmof.blogspot.com/

Sila2 la ye..


Blog ni milik akh Ahmad Zuhaidi Abd Aziz.. Ktorg saje2 la bertukar2 link tuk mengerat2kan ukhwah..(cheewah!!) di samping meningkatkan aliran trafik..hehe..
Begitulah matlamatnya.. Jadi sahabat2ku,.. Sila2 la ye..

to akhi Adi : sorry yer,link domain tu cam ada problem.. search google ada,tp address lain..hehe.. jadi utk tak tersesat nanti,sy letak link seperti di atas sahaja.. (^_~)

Sunday, January 24, 2010

Islam Membenci Pembaziran

Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” (Riwayat Bukhari)

Huraian :

1. Qarun di zaman Nabi Musa a.s adalah contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya. Dia bersikap bakhil dan boros pada perkara-perkara yang haram sedangkan Islam memerintahkan kita agar bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardhukan.

2. Harta yang dibekukan dan tidak dibelanjakan di tempat yang halal adalah termasuk dalam konteks membazir kerana tiada manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Contohnya tanah yang terbiar tanpa diusahakan.

3. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selama mana seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Thursday, January 21, 2010

NaK g InDoNeSia..

uhuhu.. berbayang2 dah suasana di Indonesia.. Nak g Indonesia ni.. Tapi xtau la bile.. Erm.. Dalam mimpi je kot.. Hehe..

Acah je sbnrnya.. Bukan nak g betul2 pun.. Byk sgt seruan ha suruh Sue ke Indonesia.. Kalau ada sponsor xpe la jugak..

1 - k' doakan nur dapatkan jodoh yg bnr nur cinta & mencintai nur pula! ayo ah,kapan neh! katanya maw honeymoon d indonesia - ayo donk klo dah siap jgn d tunda2 y? Kan nikah itu ibadah..
:- From Kak Lulu

2 - Akak..bila masa nk ke indonesia ne?
Boleh pu2t bawa bejalan2 d indonesia
Ke mana pun akak nak..
Pu2t antar kan..

:- From Puput

Msg pertama ~ Sue belum kawen tp kakak tu mintak ke sana untuk honeymoon.. Suruh cepat2 kawen pulak tu.. Hehe.. Alahai!! Umurku tersangat la muda utk pk sume tu.. Nak2 skrg ni baru je 'berpisah' dgn seseorg.. Hehe..
p/s : berpisah yg membawa mksd yg mendalam..sapa paham mksd tu,dia terer.. :D
Tapi mmg teringin pun nak pegi sana.. Nak jumpa kak Lulu yg sgt2 baik tu & puterinya yg comel..

Msg kedua ~ macam syok abes je kalo ada org nak bawa jalan2..huhu..

Tapi ni mungkin harapan tinggal harapan je la.. Berangan aje la..huhu.. Mudah2an suatu hari nanti.. Amin :D

Sunday, January 17, 2010

no aneh itu..

Salam.. Sejak 2-3 hari lepas ada no aneh asyik naik.. Sape la ni.. Terpk2 jgk.. Kebetulan masa tu sengaja sekat panggilan.. Konon2 xnak dganggu la.. Konon je.. Hehe.. No tu blh kata hari2 naik.. 2-3 kali pulak tu.. Fedup eh!!!

n lastly semalam Sue buka sekatan panggilan.. Petang tu no aneh tu call lagi.. Sue angkat la.. Ada suara bercakap katanya : 'Assalamualaikum Sue,hang ada x..bla..bla..bla' haha.. mcm lawak la pulak.. Dia ckp mcm kelam kabut je..hehe..(jgn marah yg berkenaan) Panggilan dr jauh tu.. Petang tu dia call lagi buat kali ke 2.. Dia kata 'Sue..xpe la pasal xxx..bla..bla.. Nak cakap lama2 xboleh.. Kte jumpa 2 minggu g'
itu je sebenarnya ceritanya..haha.. Nak tujukan cter ni utk si dia tu je.. (Gelak abes klo die baca..haha)

Dan 2-3 hari lepas pulak Aya call.. Tapi time tu panggilan plak xleh masuk.. Line bz.. Tak tau la abes ke x kredit Aya tu.. Sorry ye Aya.. Katanya nak bincang pasal Beta Network.. Hee.. Forum EN. BETA a.k.a Azwan Far East..

Kata Aya forum tu da nak siap.. Da 90% siap.. Tak lama lagi siap le tu.. Hehe.. Nasib bukan Sue yg buat.. Mula2 tu Sue yg nak buat.. Dalam masa yg sama Aya pun nak buat.. Bincang2 dgn en beta,ktorg set Aya yg buat.. Kebetulan Aya da sign up dulu forum tu n time tu Sue tgh usha2 nk tgk forum mana yg better.. Hehe.. Tapi Aya da buat.. Biar je la Aya teruskan buat :) kali ni berapa 'harian' ntah Aya buat forum tu..(hee.. Aya!! jgn marah)

my fren : kte jumpa 2 minggu lagi :D

Aya : teruskan buat forum tu sampai siap..(tetiba2ku tringat lanun yg berpoco2 dlm mimpi Aya..hehe)

p/s : mood = lenguh pinggang..huhu

Saturday, January 16, 2010

wajah baru

Salam.. Kali ni blog Sue da berwajah baru.. Act update blog ni guna HP je.. Tadi tak sempat nak update.. Widget2 pun belum di masukkan.. Banyak yg tercicir..erm.. Ada masa blog ni akan dpercantikkan lagi :D
Sekian.. Wassalam..

Wednesday, January 13, 2010

Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

Orang itu lalu berkata:
"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"

"Belum," jawab orang itu.

"Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.


Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!"

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!"

"Ya" jawab Nabi s.a.w.


Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu.

"Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"
Rasulullah bertanya kepadanya.

'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirah-Nya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanan-Nya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab
dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"


Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."

Saturday, January 09, 2010

Stanza Cinta - Nurul Halawati & Dodi Hidayatullah

Berderai Mata Hatiku
Mendera Semua Harapan
Selaksa Cintaku Padanya
Ikatan Suci Romantika NaunganMU

Meski Sejuta Cinta Menyapa
Masih Cenderung Qu Padanya
Tuhan satukan hati kami
Dibawah Cintamu Alirkan Bahgia Di RedhoMU

Kutidurkan Mimpi Indah Ini
Padamu Yang Menggenggam Takdir
Kusandarkan Harapanku Ini
Padamu Ya Ilahi, Kan Ku Simpan Dalam Rongga Hati
Stanza Cinta

~'stanza cinta' lagu baru.. 6 jan(wednesday) aku start dengar lagu nii.. yang best nyer xxxx dia sendiri yang kasi aku dengar stanza cinta nii.. hmm.. secara tak sengaja kitOrang tengah bOrak kat ym.. pastu xxxx tanya -nak dengar lagu 'stanza cinta'? minta emel..- then xxxx kate dah send.. aku gi check kat emel n terus downlOad.. huh.. time duk men'dOwnlOad tuu.. tak sabar giler.. hehe.. bila dengar tu.. ya Allah.. best teramat sangat..~

~niatnye aku nak kOmen kat fb(wall) xxxx tapi, nasib aku baca kat status xxxx.. orang2 duk bual pasal 'stanza cinta' n ramai yang mintak nak dengar lagu tuu.. tapi, xxxx cakap tengok lirik lagu tuu n tunggu kat radiO.. hmm.. maknanya..!! faham2 jer lah hehehe.. hmm.. tak jadi aku nak bagitau yang aku dah dengar lagu tuu.. kOt2 f** xxxx dia tau.. tak sedap hati lah kan.. xxxx dah kasi pastu aku hebOh2 n bla..bla.. lebih baik aku diam..~

~tapi, aku rasa bersalah pulak kat kawan aku sOrang nii.. ye lah.. kawan aku nii tunggu2 jgak nak dengar lagu nii.. hmm.. aku tanye xxxx.. bOleh ke tak aku nak kasi kat kawan aku.. jawapan xxxx -hhmmm..ok,boleh tapi jangan kasi ke orang lain-.... yeah.. madam..? amacam.. hehehe....~

~tapi, dia.. xxxx.. bagitau tadi, dah bOleh request kat radio malaysia.. sape2 yang nak dengar lagu stanza cinta.. request kat radio..~

~hmm.. aku n kawan aku bertuah lah sebab bOleh dengar awal2 lagi.. full lagi tuu.. alhamduliilah.. thanks sO much xxxx!!!!~
p/s - jOmm.. kita request lagu 'stanza cinta' kat radiO.. ikimfm,nasyidfm,salamfm,hOtfm,era dll....

Salam..yg atas ni ana copy drpd blog sahabat ana.. Sebijik2..hehe.. Komen ana..
mmg betul kami sgt bertuah sbb dpt dgr lagu ni terlebih dahulu.. Dan sgt teruja sekali.. Syukran kepada 'makcik' TINIE & akhi DODI HIDAYATULLAH..
Stanza Cinta terbit bersempena dgn novel tulisan kak Nurul, NURUL HALAWATI
yg judul novelnya juga Stanza Cinta.. Erm..xtau nk komen pe lagi.. Hehe.. Pe2 hal selamat berjaya dan tahniah buat penulis novel Stanza Cinta dan penyanyi Stanza Cinta

Hati..

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:- "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".

Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua".

Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya.
Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)".

Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:- "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".


Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat".

Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.


Friday, January 01, 2010

~010110~