BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 31, 2009

..Pening Memikirkan..

Salam..
Alhamdulillah hari ni diberi keluangan masa utk update blog ni.. Kebetulan je dapat online.. Syukur sesgt.. Harini xtau sgt nak tulis apa..cuma skrg tgh runsing dgn masalah hidup yg melanda..dugaan2..
Trial tak lama lagi dah nak stat..semoga diriku dpt buat yg terbaik..amin..

Erm td ada sms dgn kakak yg belajar di UDM,KUSZA..
Ni antara yg ktorg SMS kan..xpaham buat2 paham jer coz ktorg guna loghat terengganu..hehe
Sememangnya agak kasar..huhu

Sue : jadi x balik?

My sis : xtau gk..xg kot..xjd..ce tny abh,aku nk balik minggu ni blh x? mu beli dh baju raya len?

Sue : Ok..mlm t ar aku tny..xbeli pun g..mane aku ade duit..hehe..
Aku ambik duit kat ASB baru ni..umi dgn abh xtau pun..aku wat byr yuran..

My sis : tu ah..kawan2 aku 3,4 pasang bju raya ye..selipar raya beli xg?? din ada g umh? em..berape kene byr yuran? mu ambk berape?

Sue : Aku ingt xbeli dh selipar..pakai mane ade je.. Yuran rm140,aku ambk rm200.. biasiswa aku ada sikit je g..syg dh nk ambk..

My sis : Aku ingt gtu gk.. pakai hk tu jer.. aku leni,cncer duit duk cni.. duit ada rm40 g.. nk wt mkn.. dh ASB byk ne g ada?

Sue : Erm..mu jimat2 ar sket.. jgn jd mcm abg mu.. sian abh..
Erm.. dulu sblm ambk ada 1200 lbh..dh aku ambk 200 ada 1000 lbh..

My sis : Aku xhbs nk jmat dh duk cni.. duit abh bg aritu bt blanje, aku mkn je.. shari rm4,rm5.. leni,rm4 je shari bt mkn.. hbs jimat dh..aku tau,aku kalu blh xnk sshkan abh.. dh aku nk wt mcm ne,abh jer blh tlg aku.. ASB aku,ada 900 dkt seribu ah..

Sue : erm.. xtau ar.. aku xreti dh nk kate pe..hehe..

Erm..begitula skt apa yg kami sms..huhu.. sedih jgk dibuatnya..hehe.. Maklumla skrg dh 2org blajar kat U maknanya tanggungan abah makin berat.. So sbb tu la ana g ambk duit tanpa pengetahunan mereka..huhu.. xpe la,nanti ana bgtau kat mereka.. Cuma yg penting skrg ktorg hepi2 je.. Hee

Sejak bulan Ramadhan ni pulak umi g keje dgn abh.. So segala benda kt umah ni sume ana kena handle.. Baru la ana tau susahnya jd suri rumah..huu..

Erm..sampai sini dulu la..wassalam..

p/s : semoga urusanku dpermudahkan..

Saturday, August 22, 2009

Pengumuman

Salam..

Pengumuman,blog ni djangka akan bersawang buat seketika.. So pada sesiapa yg rajin kunjung blog tlg tgk2kan blog ana ni k..hehe..

After cuti ni ana akan hadapi trial exam.. Sebab tu la blog ni akan ditinggalkan buat sementara.. Ana akan muncul balik insyaallah seminggu sebelum raya.. Kalau dipanjangkan umur,bertemu la kembali.. Akanku cangkirkan sdkt bingkisan dlm blog ni pd masa akan datang..

Pada kenalan2 ana.. Ana nk mtk maaf bebanyak jika ana ada buat salah silap..doakan ana berjaya dlm trial yg akan dihadapi nanti.. Semoga dipermudahkan segala urusanku.. Amin..

Lastly,selamat menyambut bulan ramadhan yg mulia ini dan selamat berpuasa.. Rebutlah peluang di bulan yg penuh barakah ini..

Jauhnya Syurga

Album : Haikal 2008
Munsyid : Haikal


Ku cuba mengunyah keaiban di dalam diri ini
Yang tertuang dalam bekas kesedaran
Ku cuba menelan rasa cemas yang meracik hati dan jua perasaan ku
Di hening taubat dan penyerahan

Andai ditakdirkan waktu diundurkan kisah silam berulang
Pastinya kembali menganyan ilusi mewarnai mimpi
Selagi berpaut kepada impian yang entah terjadi
Menafikan takdir dan ketentuanNya merubahi nasib
Bukanlah ini kebetulan tapi suatu pertarungan
Diantara nafsu dengan keimanan

Ku sangka ku jumpa rupanya bayangan
Telah ku rentasi hutan penuh dosa
Mengapa ku ragu setelah dinyatakan
Kepastian yang belum ku temui
Sekian lamanya telah termateri suatu perjanjian
Jauhnya syurga untuk aku jejaki

Monday, August 17, 2009

Perkataan Dalam Al-Quran??

Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai PERSAMAAN dengan LAWANNYA.

Perkataan LELAKI disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan WANITA dalam keseluruhan al-Quran.

Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang sama.
Perkataan DUNIA disebut sebanyak 115 kali dan AKHIRAT juga 115 kali..
Perkataan MALAIKAT 88 kali manakala SYAITAN juga 88 kali..
HIDUP 145 kali manakala MATI 145 kali..
ZAKAT 32 kali, BARAKAH juga 32..
BERFIKIR 49, NUR 49, dan PENDERITAAN 114, KESABARAN juga 114 kali.

Lebih menakjubkan perkataan SOLAT muncul sebanyak lima kali, BULAN sebanyak 12 kali dan HARI terdapat sebanyak 365 kali.

Wallahualam..

Aku Ingin Mencintai-Mu

Album : Muhasabah Cinta
Munsyid : edCoustic


Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat Mu kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan Mu

Aku ingin mencintaiMU
setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu dengan Mu ya Rabbi..

Thursday, August 13, 2009

Perginya Seorang Pendakwah

Salam..
Harini ana rasa sedih sgt bila dapat berita (sms & ym) drpd sahabat2 yg mengatakan Ustaz Asri Ibrahim telah pulang ke Rahmatullah pagi tadi (13 Ogos 2009 bersamaan 22 Syaaban 1430) akibat heart attack.. Bagaikan tak percaya atas pemergian tersebut.. Ana baru saja tgk gambar beliau sewaktu shooting takbir baru2 ni.. Terlalu cepat beliau pergi..
Kehilangan beliau memberi impak yg besar kepada para peminat dan industri nasyid.. Takziah utk seluruh ahli keluarga beliau.. Semoga beliau ditempatkan bersama org2 yg soleh..

Ana juga cukup mengenali beliau.. Ana juga pernah berSMS dgn beliau.. Orgnya peramah.. Selalu mengucapkan "syukran" setiap kali berSMS dgn ana..
Kami juga pernah plan utk berjumpa..tapi manusia hanyalah merancang,Allah yg menentukan..Allah juga merancang tapi perancangan Allah adalah yg terbaik..
Cuma skrg ana menyimpan gambar Ustaz Asri bersama abg ana.. Itu sajalah kenangan yg ada utk diabadikan buat selama2nya.. (xdapat nk letak kat sini gmbr tersebut)

Seiring jugak sejak akhir2 ni ana suka dgr lagu2 yg mengingatkan tentang kematian seperti Muhasabah Cinta - edCoustic dan Pemergian - Amar.. Tak sangka lagu2 ni bagaikan satu tamparan hebat buat ana utk beringat2 sebelum dijemput pergi bila dapat tahu berita ttg Ustaz Asri..

p/s : Al-Fatihah utk arwah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Wednesday, August 12, 2009

10 Calon Suami Yang Baik

10 Sifat Calon Suami Yang Baik untuk dikongsi

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahualam

p/s : panduan hidupku utk masa hadapan..hehe..

::amalan:: -3-

Sambungan :


Isyak..:

1. Solat Isyak berjamaah.

2.
Solat Terawih sepenuhnya bersama imam. Sabda Rasulullah (s.a.w.):
Sesiapa yang melakukan qiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahala dari Allah akan diampunkan dosanya yang lalu – HR
Bukhari dan Muslim.

3. Melewatkan solat witir hingga ke akhir malam.


-TAMAT-

::amalan:: -2-

Sambungan :

6. Keluar
untuk belajar atau bekerja. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Tidaklah bagi
seseorang itu makanan yang lebih baik baginya kecuali dari hasil
kerjanya sendiri kerana Nabi Allah Dawud makan hasil kerja tulang empat
keratnya – HR Bukhari.

7. Memperbanyakkan​ zikir untuk sepanjang hari.

8.
Infaq atau sedekah harian dengan menghayati doa malaikat: Wahai Tuhan!
Kurniakan kepada mereka yang bersedekah itu gantian dari sedekahnya itu.



Zohor:

1.
Solat Dhohor berjemaah pada waktunya dan bersegera padanya. Ibn Mas’ud
berkata: Bahawa Rasulullah (s.a.w.) mengajar kami Sunan al-Huda (
sunnah-sunah petunjuk) dan di antara sunan al-huda itu ialah solat di
Masjid yang digumandangkan azan padanya – HR Muslim.

2. Berehat seketika dengan niat yang baik. Rasulullah (s.a.w.) bersabda: Bagi badan kamu juga ada haknya.



Asar:

1.
Solat ’Asar berjamaah dan didahului dengan solat sunat empat rekaat
sebelumnya. Sabda Rasulullah (s.a.w.) : Allah merahmati orang yang
bersolat empat rekaat sebelum solat fardhu Asar – HR Abu Dawud dan
Tirmidhi.

2. Mendengar tazkirah di Masjid. Sabda Rasulullah
(s.a.w.): Sesiapa yang ke masjid tiada niat lain kecuali untuk
mempelajari kebaikan atau mengajar orang lain baginya laksana pahala
haji yang sempurna pahalanya – HR al-Tabarani.

3. Duduk di masjid.
Sabda Rasulullah (s.a.w.): Sesiapa yang berwudu.. di rumahnya dan
diperelokkan wuduk..nya kemudian ke masjid, ia adalah tetamu Allah
menjadi hak tuan rumah memuliakan tamunya – HR al-Tabarani.



Maghrib:

1.
Berdoa sebelum masuknya waktu solat Maghrib. Sabda Rasulullah (s.a.w.):
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka – antaranya - : Orang yang
berpuasa sehingga berbuka.

2. Berbuka dengan juadah berbuka berserta doa.

3. Solat Maghrib berjamaah di rumah atau di masjid.

4. Wirid petang.

5. Bersama keluarga dan melakukan aktiviti yang bermanfaat.

6. Bersedia untuk solat Isya'.. dan solat sunat Terawih.

Bersambung~~
(n_n)

::amalan:: -1-

Sebelum subuh:

1.Tahajjud.
Firman Allah: (Apakah kamu wahai orang musyrik yang lebih beruntung)
atau orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri,
sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?
(Surah al-Zumar, 9).

2.Bersahur. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Bersahurlah sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatannya – HR Bukhari dan Muslim.

3.Beristighfar
sehingga azan subuh. Firman Allah: (Dan di akhir-akhir malam mereka
beristighfar (memohon keampunan kepada Allah). (Surah Al-Dhariyat: 18).

4.Solat sunat Fajar. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Dua rakaat fajar itu lebih baik dari dunia dan seisinya – HR Muslim.



Selepas terbit fajar:

1.
Bersegera untuk menunaikan solat subuh berjamaah. Sabda Rasulullah
(s.a.w.): Andainya mereka tahu (kelebihan) solat Isya.. dan Subuh,
nescaya mereka akan datang walaupun merangkak – HR Bukhari dan Muslim.

2.
Berzikir dan berdoa sehinggalah iqamat untuk solat Subuh. Sabda
Rasulullah (s.a.w.): Doa yang tidak ditolak antara azan dan iqamat – HR
Ahmad, Tirmidhi dan Abu Dawud.

3. Duduk di masjid untuk zikir dan
membaca al-Quran sehingga terbit matahari. Rasulullah (s.a.w.) terus
berada ditempat duduknya sehingga terbit matahari – HR Muslim.

4.
Solat sunat dua rekaat. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Sesiapa yang
melakukan solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir (mengingati
Allah) sehingga terbit matahari, kemudian ia bersolat dua rekaat
baginya pahala laksana menunaikan haji dan umrah selengkapnya – HR
Tirmidhi.

5. Berdoa supaya diberkati sepanjang hari. Sabda
Rasulullah (s.a.w.): Ya Allah sesungguhnya aku bermohon darimu kebaikan
bagi hari ini, permulaannya, pertolongannya,​ cahayanya,
keberkatannya dan petunjuknya dan aku berlindung dari keburukan yang
terdapat padanya dan keburukan sesudahnya – HR Abu Dawud..

Bersambung~~

Edcoustic - Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Pemergian..

Dalam sepi ada rintih,
Di ruang sempit yg hanya kian terpisah,
Menjarakkan diriku dgn kebebasan,
Teramat menyiksakan.

Dalam doa ada harap,
Di ruang waktu yg hanya sesingkat ini,
Tiada yg ku pinta selain keampunan,
Dari dosa kealpaan silam.

Tika hayatku yg berharga,
Telah tiba di penghujungnya,
Sesalan tiada bermakna.

Kerna kemewahan dunia,
Yang menipu dan memperdaya,
Memanggil ku ke tali maut yg ternganga,
Tak mengenal siapa.

Dan kini makin hampir,
Aku tiba di garis yg penghujung,
Mentari kehidupan,
Tak kan menyala lagi esok.

Di saat kau membaca,
Coretan yg terakhir,
Aku sudah tiada lagi,
Dan kini hari jadi saksi,
Pemergianku selamanya..

p/s : insaf..

Tuesday, August 11, 2009

~Amalan Bulan Puasa~

Salam..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA :

"bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda : ketika datang bulan Ramadan : "sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yg penuh berkat,maka DIWAJIBKAN ke atas kamu utk BERPUASA,krn dlm bulan ini pintu JANNAH dibuka,pintu NERAKA ditutup & SYAITAN2 DIBELENGGU. Dalam bulan ini ada SUATU MALAM yg nilainya sama dgn SERIBU BULAN, maka barang siapa yg TIDAK BERAMAL sesungguhnya TIDAK MENDAPAT KEBAIKAN di bulan lain seperti di bulan in" (HR, Ahmad,Nasai dan Bahaqi)"

KELEBIHAN BERAMAL PADA BULAN RAMADHAN..
Bagi org2 islam yg beriman bulan Ramadhan adalah bulan yg dinanti2kan oleh setiap umat Islam. Keistimewaan bulan Ramadhan ini ia memberi begitu byk MANFAAT & FADILAT kpd mereka yg tahu menghayatinya..
●org yg berpuasa dpt balasan SYURGA
●dihapuskan DOSA2
●dimakbulkan DOAnya
●mendapat PERLINDUNGAN dr Allah
●disedikan pintu khusus yg bernama RAYYAAN utk memasuki JANNAH
●mendapat 2 berita gembira iaitu semasa berbuka dan bertemu dgn Allah di akhirat nanti..

AMALAN YG DIGALAKKAN PADA BULAN PUASA..
●solat sunat TERAWIH
●sembahyang sunat setelah selesai mengiringi solat fardu
●banyakkan berDOA
●BERTASBIH
●solat TAHAJUD
●solat sunat TASBIH
●berSEDEKAH
●banyakkan ISTIGHFAR dan BERTAUBAT
●banyakkan berSABAR
●tinggalkan dan jauhi PERBUATAN KEMUNGKARAN

Rasulullah s.a.w bersabda: "barang siapa berpuasa pd bulan RAMADHAN kerana beriman dan ikhlas,maka DIAMPUNI DOSANYA yg telah lalu dan yg sekarang" (HR, Bukhari Muslim)

p/s : ahlan wasahlan ya ramadhan..

Kisah Semalam

Salam..
Ni saja je nak post cter ni.. Utk diri sendiri.. Sebagai kenangan.. Huhuhu..
Semalam lepas habis kelas ada la jumpa dgn sorg adik ni.. Kecik molek je.. Petah betul dia berkata2 kalah ana.. Hehe..
Masa tu tak ada org.. Dia dtg la duk sebelah ana.. Dia ajak ana sembang2.. Tetiba dia tanya soalan cepumas.. Haha.. Soalan apa?
Erm..dia tny gni la
"akak takde yg special lagi ke?"
Terkesima mendengarnya..hehe..
So ana dgn selamber derk jawab "eh mana ada la"..
Then dia ckp "eleh akak jgn jgn tipu sy la..sy tgk muka akak dah tau dah..akak kan lawa,macam org arab,tak kan takda org nak kot" hahaha..nak gelak je dia bg statement mcm tu.. So pada waktu tu otak punyalah ligat berfikir apa nak jawab kat budak tu.. Maka ana menjawab "a'ah ye ada..tapi kat umah la..ayah,abg,adik..ha..tu la pakwe akak"
Haha..best x jawapan ni??
Ape la budak tu.. Kecik2 dah tanya soalan mcm tu.. Huhu..

p/s : takde masa lagi nak pk hal2 mcm ni..

Sunday, August 09, 2009

Mencari Yang Hilang

Assalamuailaikum..

Ana baru sahaja mendengar dan menghayati lagu daripada Leia Az-Zahra - Mencari Yang Hilang.. Sungguh sayu lagunya.. Sampai tak sedar ada cecair2 jernih mengalir.. Huhu

Lagu tersebut amat menyentuh hati.. Penyampaian lagu tu sampai ke hati ana..

Lirik dan lagu oleh Leia Az-Zahra sendiri.. Sungguh ana kagum dgn beliau..
Semangat beliau utk mencari kebenaran dalam hidup..
Ana sendiri pernah dgr cerita daripada Kak Leia yg beliau telah bermimpi pada suatu malam.. Sedar2 beliau terdengar azan Subuh berkumandang.. Dan dari situlah beliau mendapat hidayah utk memeluk Islam..
Dan beliau pernah mengatakan yg beliau anti muslim..tetapi hidayah Allah merubah segala2nya..
Kadang2 keimanan dan ketaqwaan saudara baru lebih daripada keimanan dan ketaqwaan kita yg Islam sejak dilahirkan lagi.. Mereka mendapat hidayah daripada Allah tapi kita hanyalah baka daripada ibubapa kita yg sudah Islam..

Wallahualam..

p/s : semoga keimanan dan ketaqwaanku meningkat dari hari ke hari...

Tahniah

Salam.. Tadi ana dapat tau daripada adik ana Muhammad Afiq yg beliau dapat masuk ke pertandingan hafazan peringkat kebangsaan.. Adik ana ni bersekolah di SMA Sultan Zainal Abidin.. Satu kebanggaan utk sekolah tersebut,diri sendiri dan keluarga.. :)
Kata adik ana pertandingan tersebut akan berlangsung esok di Putrajaya pada jam 9 pagi.. Firstly ana nak ucapkan tahniah banyak2 buat adik ana yg sorg tu.. Do the best.. Semoga berjaya..

p/s : bangga dgn Afiq (^_^) buat yg terbaik.. Sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu.

Bersyukur

Assalamualaikum..

Hari ni ana tak ada apa nak dikongsikan sangat cuma ana nak kongsikan sedikit je ttg perasaan ana.. Hehe.. Perasaan apakah itu? Perasaan yg tak dapat diungkapkan dgn kata2.. Hehe..

Act ana ada kenal dgn sorg sahabat ni.. Kami baru je kenal.. Tapi ana rasa macam kamceng je dgn dia.. Hehe.. Umur dia lebih tua dari ana so ana kena hormat la dia.. Semalam ana ada mintak tlg dia buat sesuatu.. Ana mintak dia carikan lagu nasyid tapi yg ada hanya video clip lagu yg ana minta cari tu je.. So ana xkisah la kan.. Dah xada mp3 nak buat mcm mana.. Tetiba dia cakap dia dah convertkan video clip tu jadi mp3 then dia upload lagu tu utk ana download..
Wah!! Ana rasa macam..macam apa eh? hehe.. Perasaan ana mmg tak dapat diungkapkan la.. Memang tak terkata la ana.. Sebab ana rasa ana menyusahkan dia je.. Dah la kami baru kenal.. Perasaan tu hanya Tuhan je yang tahu.. Ana bersyukur sangat2 la dapat kenal dgn dia walaupun dia kuat menyakat..hehe.. Tapi hati dia baik.. Kalau tak,tak adala dia susah2kan diri dia buat benda tu sume tanpa ana suruh kan?
Ana pun rasa serba salah dan segan je dgn dia..

Ana hanya dapat berdoa semoga kebaikan dia tu dibalas dgn kebaikan.. Semoga Allah memakbulkan doa ana.. Amin..

p/s : ana memang suka mendescribekan kebaikan saudara2 ana.. :)

Saturday, August 08, 2009

Ghairah Beribadah, Lupa Tertibnya..

Assalamualaikum..

Hak-hak yg harus dipenuhi kita sbg hamba Allah di dunia ini terdapat byk sekali. Hak Allah,hak org lain dan hak kpd diri kita sendiri. Bagaimanakah Rasulullah membahagikan dan mengatur dlm usaha memenuhi hak2 tersebut?

Anas menceritakan, "Telah dtg 3 org ke rumah Rasulullah & bertanya ttg ibadah baginda. Setelah Rasulullah menceritakan ibadah yg sering dilaksanakannya,mereka seakan2 tidak mempercayainya..
Malah meraka berkata, Apalah ertinya jika hendak dibandingkan dgn Rasulullah s.a.w. Sedangkan baginda tlh mendapat keampunan drpd Allah s.w.t & diampunkan segala dosanya?"

Salah seorg drpd mereka kemudian berkata, "Aku akan selalu bangun & mengerjakan solat pd tgh malam (solat sunat) selamanya."

Manakala,seorg lg berkata, "Aku akan berpuasa spnjg masa tanpa berbuka puasa."

Dan yg terakhir pun berkata, "Aku akan menjauhi wanita & tidak akan berkahwin"

Selepas ketiga2 mereka selesai menyatakan keazaman mereka utk melakukan ibadah demi ketaqwaan mereka kpd Allah,dtglah Rasulullah kpd mereka & bersabda,

"Kalian yg tlh mengatakan begini & begitu? Ketahuilah. Demi Allah,aku org yg plg bertaqwa di antara kalian ttp aku berpuasa & aku berbuka,aku solat & aku tidur & aku berkahwin. Maka,barang siapa yg tidak mahu dgn sunahku,dia bukan dr golonganku." (Muttafaq Alaih)

Moral : Sesungguhnya tiada manusia yg sempurna spt Rasulullah di muka bumi ini,baik sblm & slps kelahiran bagimda. Berdasarkan ksh ini,dpt kita ketahui tidak siapa di antara kita dapat berada di tempat yg setara dgn baginda. Biarpun ketiga2 org yg berjumpa dgn Rasulullah ingin melakukan ibadah spt yg dilaksanakan baginda,mereka terlupa ttg suruhan Allah s.w.t yg lain. Setiap ibadah yg ingin dilakukan mempunyai garis panduannya. Jadi,jgn terlalu ghairah utk beribadat sehingga terlupa akan tatatertib yg harus dipatuh. Lakukan apa jua dgn hati yg ikhlas..

★Putri Adinda Tercinta★

Salam.. Ana ada sikit cerita nak dikongsikan..hehe..

Pada suatu hari ana ada chit chat di satu blog ni.. Blog tu memang ana dan sahabat ana selalu lepak2.. Hehe.. Tiba2 adala seorg puteri yg ingin mengenali ana tetapi sahabat ana merangkap adinda I ana pula yg menjawab.. Setelah berbincang2 maka ana terimala niatnya itu dan kami pun berkawan.. Kami mula menjalinkan ukhwah yg lebih erat apabila kami chit chat di friendster pula.. Dari friendster turun ke handphone.. Kami berkawan dan terus berkawan sampai la ana menganggapnya sbg adik ana sendiri.. Dia la yg byk mengajar ana dan ana memanggilnya putri adinda tercinta.. Putri ni merangkap adinda II ana..hehe.. Sekian..

p/s : Hahaha.. Asif jiddan.. Putri, ni Kak Adah punya angkara.. Beliau la karang cter ni.. Hik3.. Akak just post n ubah2 je.. Nak marah,sila marah Kak Adah.. Hehehe..

~Jadilah Sahabat Terbaik Dunia dan Akhirat~

1. Memulakan memberi salam apabila bertemu.
Motivasi - memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kpd Allah, Allah sgt cinta pada hamba yg tawaduk..

2. Memanggil nama sahabat dgn nama yg disukainya sama ada di depan tau di belakangnya.
Motivasi - kita juga suka org menyebut nama yg kita senangi sama ada di depan mahupun di belakang kita. Jadi lakukan perkara yg sama pd kawan kita

3. Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.
Motivasi - Allah suka kpd seseorg yg fokus dan mengambil berat terhadap org lain..

4. Menyampaikan pujian org terhadap sahabat. Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.
Motivasi - Allah suka kpd seseorg yg ikhlas dlm persahabatan. Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita istiqamah menunaikan perkara yg baik. Bukan bertujuan membodek..

5. Tidak menceritakan kejian dan celaan org terhadap sahabt. Ini utk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.
Motivasi - Allah suka seseorg yg mengelakkan perkara yg menggusarkan hati sahabatnya..

6. Memberi pertolongan kpd sahabaat yg memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Kalau dia memohon bantuan,wajib kita membantu setakat termampu.
Motivasi - Allah menolong seseorg jika dia menolong insan lain utk kebaikan..

7. Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat berbanding kepentingan diri.
Motivasi - Allah mengasihi seseorg yg mampu mendahululan keperluan saudaranya yg lain mengatasi dirinya sendiri. Allah sebaik2 pemberi rezeki. Yg kita berikan akan diganti dgn yg lebih baik..

8. Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat. Elakkan prejudis pd mereka.
Motivasi - secara tidak disedarh org yg suka bersangka buruk pd org lain telah menghukum dia atas perkara yg tidak diketahui jelas. Allah membantu seseorg yg suka bersangka baik dgn org lain..

p/s : Semoga diriku mendapat dan menjadi seorg sahabat yg setia.. Kpd sahabatku merangkap adindaku, Nur Saadah semoga perhubungan kita berkekalan.. Amin..

Hari Ini

Salam..

Hari ni hari Sabtu 8 Ogos 2009.. Banyak peristiwa yg berlaku harini.. 1st,harini di Dataran IKIM.FM ada karnival sambutan ulangtahun IKIM yg ke 8.. Dah 8 tahun umur IKIM rupanya.. Huhu kalau manusia tu baru darjah 2.. Kalau ikutkan budak darjah 2 tu ada yg dah pandai..ada yg belum pandai.. IKIM dah 8 tahun tp siarannya mmg mantap.. Haha.. Apela dibezakan budak darjah 2 dgn IKIM 8 tahun.. Sayangla tak dapat pergi karnival tu mcm2 aktiviti ada.. Yang paling best persembahan artis,antaranya Mirwana,As-Saufee,Sofieya n etc..

Pastu harini my sis, Shaheeda pegi test lesen.. Jauh2 balik rumah dari UDM semata2 nak test lesen.. Hehe.. Semoga dipermudahkan segala urusan..

3rd,harini my sis Kak Ummi sms katanya tgh rindu someone.. Sapekah dia? Haha.. Ktorg je yg tau.. Bahaya kalau korang tau jugak.. Sambil2 tu jugak la Kak Ummi tgh runsing memikirkan abahnya yg masuk hospital coz ada incident yg tak diingini berlaku beberapa hari lepas.. Erm.. Nak buat cemana kan.. Sume tu aturan Allah.. Semoga abah Kak Ummi cepat sembuh dan operationnya berjalan lancar..
Buat Kak Ummi jugak yg tak sihat2 lagi tu semoga cepat sembuh.. Banyakkan rehat..

Seterusnya.. Sepatutnya hari ni ana ada kelas GPMS : add math n chemistry 8.00 pagi-12.30.. Tapi.. Malu nak gtau.. Haha.. Ana tak pergi pun kelas tu.. Ponteng ke?? Hehe.. Tak la.. Harini rasa mcm kurang sihat.. Sakit2 yg bese menyerang ana menyerang lagi harini.. Nasib la tak teruk.. Boleh la jalan lagi.. Tak mcm dulu sampai tahap nak jalan pun tersiksa.. Semoga diriku sihat2 selalu.. Argghh!! Malas la pulak nk tulis surat nanti..

p/s : Itu ajelah peristiwa utk harini.. Hehe.. Saje je la cter kat sini.. Boring gler ni..

Friday, August 07, 2009

Syaitan Menguji Abdul Qadir Jailani

Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah seorang alim ulamak ahli sufi,yg cukup dikenali keutamaan akhlak dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sifatnya yg warak atau dekat dgn Allah,ramai pengikutnya yg berlebih-lebihan memuliakannya..

Diceritakan,suatu hari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yg panas terik itu,ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara,lalu perlahn-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu,diceritakan terdengan suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir,minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkanmu makan dan minum semua yg selama ini ku haramkan,dan telah ku gugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yg arif,Abdul Qadir cukup tahu,bahawa suara yg menyerupai wahyu itu cuma suara syaitan yg menggoda keteguhan imannya. Maka,marahlah dia dan berkata : "Hai Malaun,pergilah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan Nabi Muhammd SAW di sisi Allah SWT. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yg diharamkan Allah selamanya,akan tetap haram. Dan kewajipn hamba kepada-Nya tidak pernah digugurkan,termasvk pada diriku," ujarnya..

p/s : wallahualam..

Monday, August 03, 2009

Syair Kelebihan Ilmu

Oleh : Za'ba,1994

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yg duka ia penghibur,
Ia penerang bg yg kabur,
Lamun dgnnya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yg dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yg luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman org yg bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana..

Kita Sudah Cukup Mulia Jika Kita Muslimah Sejati

"Jangan berputus asa menyaksikan peredaran hari,kerana ia adalah ketetapan dan ketentuan Allah"


Sebenarnya apa sahaja bentuk dan jenis musibah yg memimpa kita,maka ia berlaku dgn kehendak Allah,dan ia akan menjadi kafarah bagi dosa kita pd hari kiamat.. Perhatikanlah apa yg dikatakan (khabar gembira) dlm hadis Rasulullah s.a.w berikut ini :

"Apabila seorang perempuan taat kpd Tuhannya,mendirikan sembahyang yg lima dan memelihara maruahnya,maka ia akan masuk syurga"

Perkara2 sebegini adalah mudah bagi mereka yg dimudahkan oleh Allah. Justeru itulah saudariku,laksanakanlah amalan2 yg agung tersebut,supaya kita dpt menemui Tuhan Yang Maha Pemurah; berjalanlah sesuai dgn al-Quran dan sunnah Nabi-Nya,nescaya kita akan menjadi seorang muslimah sejati.. Dan itu adalah kemuliaan dan kebanggan yg tidak luar biasa..

Adapun org2 yg dilahirkan di negara2 kafir, tidak kira sama ada sbg seorang Nasrani, Yahudi, Komunis, ataupun agama lainnya yg menyimpang dari Islam, mereka tidak bertuah seperti kita.. Sementara kita, telah dipilih Allah utk menjadi seorg muslimah, utk menjadi salah seorang pengikut Muhammad s.a.w yg mengikut jejak langkah Aisyah r.a, Khadijah r.a, dan Fatimah r.a..

Tahniah utk kita,kerana kita mendirikan sembahyang 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, melaksanakan ibadah haji dan memakai hijab. Tahniah! Kita rela menjadikan Allah sbg Tuhan, Isjan sbg agama dan Muhammad s.a.w sbg Rasul

Pedoman Hidup : emasmu adalah agamamu,perhiasanmu adalah budi pekertimu,dan hartamu ada sopan santunmu..
"Memadailah Allah sbg penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

p/s : semoga kita(para wanita) sama2 menjadi muslimah yg sejati.. Insyaallah.. Amin..

Sunday, August 02, 2009

Kata Seorang Sahabat..

Salam..

Tadi Sue ada YM dgn sorg sahabat ni.. Pelajar Sudan.. Mantap.. Hehe..
Sue ada la tanya dia something.. Maka dia menjawab "Kalau matlamat jelas,belajar bukan utk cari pekerjaan.. Belajar utk cari ilmu kerana ilmu itu tuntutan agama.. Manakala kehidupan pula salah satu wasilah atau jalan utk meneruskan hidup.."
Beginilah kata2nya.. Boleh dikatakan 1 motivasi jgk la.. Ringkas dan padat.. InsyaAllah boleh menaikkan semangat diri ini dan sahabat2 yg lain..

p/s : Kalau sahabat tersebut baca post ni.. Mesti dia tersenyum skrg ni ha.. Hehehe.. Sorry eh.. Syukran atas motivasi tersebut.. Semoga Allah memberkati anda..

Terima Kasih Sahabat

Salam..
Harini Sue dapat something daripada sahabat Sue, NORATIKAH BINTI ABDULLAH.. Nak kata hadiah hari jadi tak kot sbb bday Sue dah berkurun dah.. So apa2 hal Sue nk ucapkah terima kasih byk2 atas hadiah tu.. Syukran ye.. Hehe

p/s : tunggu balasan drpd Sue..

Saturday, August 01, 2009

Antara Bengang Dan Lawak..

Assalamualaikum..

Ana just nak kongsi sikit pengalaman ana masa ana n family pegi Kota Bharu,Kelantan baru2 ni..
Bermulalah al kisah.. Time tu lebih kurang jam 8 malam gtu la(perjalanan balik).. Abah ana berenti la makan kat 1 kedai makan ni.. Kedai makan tu biasa2 je la..tp takde org sgt, mungkin area tu xda org singgah.. Huhu.. Lepas ktorg siap2 duduk maka dtg la seorg lelaki ni.. Sapekah dia? Dia nk ambil order la.. Hehe..

Dia pun tny "nak air ape?"..

Pastu ana jawab la "Neslo 2"..

Dia mcm kebingungan je..hehe..maka,dia bertanya

"neslo tu ape"
(Haha amat lawak sekali)
Ktorg senyap je..xtau nk jwb pe..
Last2 dia tanya mak dia air neslo ada tak.. Mak dia pun angguk je tandanya ada.. Padahal dia yg tukang buat air tp dia tanya mak dia air neslo ada tak.. Tak ke pelik.. Hehe..
Tunggu punya tunggu maka air yg ditunggu2 td pun sampai la..
Air neslo yg diminta bertukar menjadi nescafe..dimanakah milonya? haha.. Amat bengang sekali.. So ktorg minum je la apa yg dia buat tu.. Nak buat mcm mana.. Dia mmg xtau apa itu air neslo.. Takkan nak suruh dia buat neslo jugakkan? Hehe.. Byk lagi sebenarnya yg xberkenan dihati bila pegi makan kedai tu.. Malas nak cerita panjang2.. Hehe.. Ktorg redha je la..hehe..

p/s : semoga dosa kami diampuni jika ckp yg bukan2 mengenai mereka after makan..sbb sume xkena bila ktorg makan kdai tu..

Kenangan Dahulu

By : ALL One..
Album : Arah

Dahulu
Hidupku sepi umpama tak berteman
Namun dgn izin-Nya kita ditemukan
Selangkah kita menyusur dugaan yg mendatang
Tidak pernah jemu menempuhi dugaan dlm mencari keredhaan-Nya

Bagaikan cahaya menyuluh di segenap dlm hidupku
Di situlah kita mencorakkan hidup walaupun adakala ku tersungkur
Namun kau tetap setia di sisi
Tangan yg kau hulur seakan mengerti perasaan ini

Kini
Perpisahan kan terjadi
Ku rela undur diri kerananya
Ku doakan kau bahagia dunia dan akhirat
Patrikanlah kenangan kita dahulu

Salam.. Erm.. Lirik ni takde kena mengena pun dgn diri ini sebenarnya.. Saja je post lirik ni kat sini.. Suka sgt dgr lagu ni.. Best.. Vokal pun mantap.. Hehe..
Apa yg dapat Nur simpulkan mengenai penyampaian lirik itu adalah pengorbanan.. Yg part last tu la agak besar sekali pengorbanannya.. Bagaimana seseorang tu ikhlaskan hati dia melepaskan pasangannya.. Org yg betul2 kuat saja yg mampu buat benda ni.. So kpd pasangan yg sedang hangat bercinta skrg ni, ingatla cinta yg plg dredhai adalah cinta kpd Allah.. Kalau nk bercinta dgn yg bukan mahram pun kena la jaga batas2nya.. Kalau boleh lirik lagu yg last tu jgn la terjadi pd sesiapa.. Biarlah berkekalan..hehe..
Alahai..ni dah tahap melalut ke ni? hahaha..

p/s : Nur bukan penah bercinta pun..pepandai je cakap hal cinta..hehe..takpe la mencuba..ahaks..