Salam..
Harini ana rasa sedih sgt bila dapat berita (sms & ym) drpd sahabat2 yg mengatakan Ustaz Asri Ibrahim telah pulang ke Rahmatullah pagi tadi (13 Ogos 2009 bersamaan 22 Syaaban 1430) akibat heart attack.. Bagaikan tak percaya atas pemergian tersebut.. Ana baru saja tgk gambar beliau sewaktu shooting takbir baru2 ni.. Terlalu cepat beliau pergi..
Kehilangan beliau memberi impak yg besar kepada para peminat dan industri nasyid.. Takziah utk seluruh ahli keluarga beliau.. Semoga beliau ditempatkan bersama org2 yg soleh..
Ana juga cukup mengenali beliau.. Ana juga pernah berSMS dgn beliau.. Orgnya peramah.. Selalu mengucapkan "syukran" setiap kali berSMS dgn ana..
Kami juga pernah plan utk berjumpa..tapi manusia hanyalah merancang,Allah yg menentukan..Allah juga merancang tapi perancangan Allah adalah yg terbaik..
Cuma skrg ana menyimpan gambar Ustaz Asri bersama abg ana.. Itu sajalah kenangan yg ada utk diabadikan buat selama2nya.. (xdapat nk letak kat sini gmbr tersebut)
Seiring jugak sejak akhir2 ni ana suka dgr lagu2 yg mengingatkan tentang kematian seperti Muhasabah Cinta - edCoustic dan Pemergian - Amar.. Tak sangka lagu2 ni bagaikan satu tamparan hebat buat ana utk beringat2 sebelum dijemput pergi bila dapat tahu berita ttg Ustaz Asri..
p/s : Al-Fatihah utk arwah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..
Private Well being Insurance (Video)
6 years ago
2 comments:
yang pergi tetap prgi. yang hidup teruskan perjuangan yang berbaki
betul3..yang pergi takkan kembali..huhu.. teruskan perjuangan kita yg masih hidup ni..
Post a Comment