BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 30, 2009

Sentuhanmu

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu


Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


Assalamualaikum.. erm..kat atas tu lirik lagu inteam..
bukan apa..tadi terdengar perbualan ummi & kakak melalui telefon..kakak gtau pasal kejadian alam yg berlaku.. tup2 kuarla satu topik ni.. tp apa yg mereka sembang pasal topik tu biarlah ana je yg tau..hehe.. topik tu pasal seorg AYAH

so secara tiba2 terkenang segala pengorbanan abah selama ni..
abah..seorg yg penyayang..
sayang pada anak2nya..
sanggup berkorban demi anak2nya..
selalunya jasa ibu je yg selalu dikenang2..tp tidaklah dilupakan juga jasa seorg ayah..
tanpa seorg ayah,kita juga xlahir ke dunia ni kan? hehe...

alkisahnya yg buat ana terkenang2 jasa abah ni : dulu,kakak perlukan duit rm215 nk beli apa ntah..so kakak mtk dgn ummi coz takut nk mintak dgn abah.. ummi bagi la rm115.. selebihnya ummi suruh mtk dgn abah..
bila dalam kete,kakak pun gtau la nak duit seratus..
ummi ckp "dia takut nk mtk"
ana menyampuk "takut abah xde duit"
so abah kata "nk guna duit mintak je la..takut ape..anak2 nak guna duit abah cari la"

wah..rasa terharu je..
bersyukur dapat seorg ayah yg bertanggungjawab..
sebelum2 ni pun abah da byk kuarkan duit utk abg yg blajar di kedah..tak terkira banyaknya..kalau dihitung2 lebih angka ribu agaknya..huhu..
tak terbalas jasamu..

terbaru..abah belikan hset baru utk ana..coz hset ana sgt2 bermasalah..ana da pesan pun jgn beli hset yg mahal2..so dapatla ana sebuah hset sony ericsson..

erm..ape lagi la ana nk taip lagi ni..makin byk makin melalut pulak nanti..so sampai sini dulu la..wassalam

p/s : story utk dikenang pada masa2 mendatang..

Tuesday, September 29, 2009

10 Sebab Doa Terhijab

"wahai Ibrahim Adam,kami telah berdoa kepada
Allah tetapi masih tidak diperkenankan-Nya.. beritahu kami, apakah sebabnya?"
Ibrahim Adam menjawab, "terhijabnya doa disebabkan sepuluh perkara..."

1 - kamu mengenali Allah,tapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (perintah-Nya)

2 - kamu membaca Al-Quran,tapi kamu tidak beramal dengannya

3 - kamu mendakwa iblis itu musuh kamu,tapi menurut hasutannya

4 - kamu mendakwa mencintai Rasulullah s.a.w,tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya

5 - kamu mendakwa mencintai syurga,tapi kamu tidak beramal utk mendapatkannya

6 - kamu mendakwa membenci neraka,tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa

7 - kamu mendakwa mati itu benar,tapi kamu tidak bersedia untuknya

8 - kamu sibuk menceritakan keaiban org lain,tapi kamu lupa keaiban diri sendiri

9 - kamu makan rezeki Allah,tapi kamu lupa mensyukurinya

10 - kamu mengkebumikan jenazah saudaramu,tapi kamu ltpa mengambil iktibar daripadanya


p/s : wallahualam..semoga sama2 mendapat manfaat dan pedoman..

:: ILMU-IMAN-AMAL ::

Friday, September 25, 2009

Jenis-Jenis Manusia

Siapakah orang yang sibuk ?

# Orang yang sibuk adalah orang
yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..


Siapakah orang yang manis senyumannya?

# Orang
yang mempunyai senyuman yang manis
adalah orang yang ditimpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman..


Siapakah orang yang kaya?

# Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini..


Siapakah orang yang miskin?

# Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta..


Siapakah orang yang rugi?

# Orang yang rugi adalah orang yang sudah
sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan..


Siapakah orang yang paling cantik?

# Orang yang paling cantik adalah
orang yang mempunyai akhlak yang baik..


Siapakah orang yang mempunyai
rumah yang paling luas?

# Orang
yang mempunyai rumah yang paling luas
adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya
akan di perluaskan saujana mata
memandang..


Siapakah orang yang mempunyai
rumah yang sempit lagi dihimpit?

# Orang yang mempunyai rumah yang sempit
adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya..


Siapakah orang yang mempunyai akal?

# Orang
yang mempunyai akal adalah orang-orang
yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu
di dunia untuk menghindari seksa
neraka..


Siapakah org yg KEDEKUT?

# Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau
membuang artikel ini begitu sahaja,
malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain..

wallahualam..
artikel ni dicopy dari blog abg ana..

p/s : bersama2 memperbaiki diri..ingat mengingati antara satu sama lain..

:: ILMU-IMAN-AMAL ::

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Pengantin Baru..

Assalamualaikum..
pagi tadi ana berkesempatan pergi ke
majlis perkahwinan ustazah ana..

rumah ustazah di jertih..
ana jauh2 dtg dari kuala terengganu..

Selamat Pengantin Baru buat
Norul Khairiah
dan Wan Mujtahiddin..
semoga perhubungan kekal buat selama2nya..

agak terkilan tak dapat jumpa ustazah lama2
coz bila ana sekeluarga sampai umah ustazah,
pengantin lelaki pun sampai..

so..kena tunggu ustazah habis bersanding baru blh jumpa..
erm.. agaknya lepas ni ustzh n husband kena
berpisah la buat sementara coz

ustazah keje kat sarawak..
husband ustazah engineer kat melaka..

apa2 hal layan la gambar ni..heheh..
ustazah kesayangan ana ni agak berisi dah..
tapi tetap lawa..











Sunday, September 20, 2009

1st Syawal

salam.. harini hari first raya.. tapi xmeriah mcm tahun2 selalunya..
tapi apa2 hal raya tetap raya..hehe..
harini malas nak taip banyak2..biarkan gambar berbicara dan bercerita..hehehe..
ni la antara gambar2nya..tapi gambar ana tak de..harap maklum..hehe..


ceh..bergaya jer..huhu..


ni ummi.abah n nenek


erm..ni bukan gmbr pe pun..tp ni permandangan rumah arwah dato yahya..huhu..besar gler..tenang je bila tengok..


nenek satu2nya yg masih ada..


ni dgn cucu2 lak..heheh..tu penyibuk sorang yg pakai baju biru..


ummi dan anak menantu..huhu


ni bukan model air coke tau..tp model kain buruk kat belakang tu..haha..bak kata my kazen..


ummi..:)


my sis n adik..tersenyum lebar..mentang2 baju baru..huhu


kak long n husband..


ni keluarga besar kami..tapi tak besar g ni..hehe..ada ramai g..


kak long anak beranak..heheh


huhu..kak long ngan umi..

Kad Raya




salam..ni ana dapat kad raya daripada akhi nasir..
hehe..
akhi..terima kasih yer..
tahun depan kasi la lagi..hehe..

Saturday, September 19, 2009

Raya Menjelang Lagi..

Assalamualaikum.. Segala puji hanya pada Allah selayaknya..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat..
Syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah dan kurniaNya
masih memberi kesempatan utk mengupdate blog ni..alhmdulillah

Ramadhan kian melabuhkan tirainya..
Syawal pula bakal menjelang..
Moga2 tahun yg mendatang dapat lagi bertemu dgn bulan yg penuh dgn kerahmatan dan kenikmatan ini..insyaallah..

Sepanjang beberapa minggu xupdate blog byk perkara yg berlaku..
Mungkin tak dapat diceritakan terus di sini..
Pertama2nya khamis lepas 17.9.2009 berakhirnya trial exam..
alhamdulillah..
segalanya berjalan lancar..moga2 natijahnya jayyid..insyaallah..

Harini 19.9.2009,ulangtahun kelahiran abah yg ke-50..
semoga abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..amin..

Semalam jugak birthday akh nasir :)
Sempat la bersembang2 pasal birthday ni..
Secara xlangsung saling ingat mengingati antara satu sama lain..
"Semakin bertambahnya umur kita..semakin dekat kita dgn kematian.."

Habis pasal birthday..
erm..nak cakap apa lagi eh?!

Sekarang ni ana sibuk menguruskan 2 blog..
1 blog ana ni.. 1 lagi blog kumpulan nasyid Dmen'C..
Insyaallah akan tertubuh xlama lagi..
Masih under construction..
Apa2 terima kasih diucapkan kdp Ustaz Shaiful
yg memberi kepercayaan kpd ana utk menguruskan blog Dmen'C..

Dikesempatan ini..ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Minal aidil wal faizin
kpd semua shbt2 yg mengenali ana,
yg sentiasa ziarah blog ni dan follower..
senang nk ckp seluruh umat islam la :)
Semoga raya tahun ini disambut dgn meriah
di samping org2 yg tersayang..insyaallah..
tidak dlupakan juga utk mereka2 yg telah mengadap Illahi..
Al-Fatihah utk mereka..

Lastly terima kasih diucapkan
kpd sahabat2 dan saudara seislam
yg mengirimkan SMS sempena hari raya ni
terutamanya ; Kak Suzana dan Ustaz Nabil, Putri,
Maizatul, Afifa, Asyeraf, Nani, my sis dan lain2 (lupa la)..
Syukran kepada akh Nasir yg memberikan kad raya
(asif jiddan akhi xdpt post kt sini lagi..
jgn marah n merajuk ye :))

p/s : sambutan tahun ni 2 in 1.. :)

Sunday, September 06, 2009

10 Perkara

Perkara-Perkara Yang Mendatangkan Kebahagiaan

"Bersabarlah Allah pasti memberi jalan keluar"

Mudah-mudahan jalan keluar itu segera sampai..

Doktor Dick , pakar kejiwaan terkenal berbangsa Amerika, berkata: Untuk mencapai hidup yg  bahagia hendaklah menerusi 10 formula :

1. Mengerjakan sesuatu yg disenangi. Jika dalam pelaksanaannya ada halangan, maka cublah melakukan apa
yg menjadi kesenangan anda pada waktu anda lapang atau ketika anda sibuk..

2. Mengambil berat dgn kesihatan sgt penting, kerana kesihatan adalah kunci kebahagiaan itu sendiri. Caranya banyak antara lain menjaga keseimbangan pemakanan, bersukan dan menjauhi kebiasaan yg tidak sihat..

3. Mempunyai matlamat hidup yg jelas, kerana ia yg akan membuat seseorang bersemangat..

4. Rela dan redha menerima kehidupan apa adanya termasuk pahit maungnya hidup itu..

5. Menumpukan perhatian pada hidup yg ada hari ini, tidak menyesali yg telah lalu, dan tidak bersikap gelisah
menghadapi hari esok yg belum tentu sampai..

6. Mampu berfikir dalam kerja dan berani mengambil keputusan. Tidak menyalahkan orang lain jika keputusan yg di ambil salah..

7. Selalu memerhatikan orang yg lebih rendah ditinjau dari status ekonomi dan sebagainya..

8. Tidak pelit memberi senyuman dgn wajah berseri dan sentiasa berkawan dgn meraka yg optimis..

9. Bersedia membantu orang lain supaya mereka bahagia kerana dgn
demikian dia juga akan mendapat tempias kebahagiaan itu..

10. Mampu merebut peluang dan kesempatan berharga dan menjadikannya sebagai pusat kebahagiaan..


PEDOMAN HIDUP : Jalanilah harimu dgn gembira dan berbuatlah dgn bersungguh-sungguh. Dapatkanlah sesesuatu yg dapat mencegah kesusahan  sebelum ia menyerang anda.
"SETIAP WAKTU DIA DALAM KESIBUKAN"

Diskusi :)

Copy & Paste..

Saje je nak kongsi kisah ni..
Dah lama dah pun berlaku..
Abg Masriezan mungkin tau dari mana kisah ni dicopy.. Hehehe..


Nak Dijadikan Cerita

Salam.. sebenarnya aku nak cterkan skt pengalaman aku..berlaku pada hari semalam.. ok..gni kisahnya... dalam kul 9.35 gtu la,aku g hospital,bila sampai je aku terus ke tempat tujuan aku.. erm..kat tempat unit rawatan aku tu leh dkatakan sume nurse n dr kenal aku..dorg pun sama..mungkin jgk dorg dah meluat tgk muka aku..hwah3.. so,xde masalah utk ktorg brinteraksi..tu mukaddimah je..hehe.. yg nak di jadikan cerita tu masa aku tunggu kat area wad kecemasan..lebih kurang 6-7jam gak la tunggu..boring tahap gaban2 la.. apa yg aku nak ceritakan kt sini adalah berkaitan dgn senyum.. masa aku dok tunggu kat situ mmg aku senyum kat org sekeliling.. ada yg sambut tp ya mengecikkan hati aku bila aku senyum org tu wat selamber derk je..huhu..aku tak kisah pun..yg penting aku dah tunaikan tanggungjawab tuk bersedekah..hehe.. sbnrnya mslah org kta ni adalah lokek dgn senyuman..apa salahnya senyum..tak luak pun.. ye tak?? hehe..
tu je la yg aku nak cter..huhu..sekian..


Replies to This Discussion

khairi varian :
klu asyik senyum je, nanti org kate kureng lak budak ni...tapi klu x senyum org kate sombong...lagi 1 klu senyum kt b'lainan jantina plak nanti org kate prasan lebih plak...ishh, buat salah x buat pn salah,akhirnye serba salah..hehehe....senyum sokmo!!!

q u r c y a :
huhu... Qur pn prnah kne cmtu gak. naik senget mulut asek tersenyum kt orang.tapi orang buat tk tau je.
agknye dia ingtkn kte ni kureng ckit kot.. mcm abg khairi kata lah.huhu..
lain org lain fikiran...biarlah dorang. mcm sue ckp gak, "..yg penting aku dah tunaikan tanggungjawab tuk bersedekah..."
Senyum2 slalu. :D

Sue :
tapi be +ve la kan.. anggap je dorang tu jenis yg susah tuk ukirkan senyuman..sekadar memujuk hati yg trasa..huhu.. kalu salah sangka dosa lak..

mas_varian :
senyum tu sedekah..aku percaya dan aku pernah praktikkannya..berkali2..
setiap kali aku makan kat area taman melati. atau area bangunan mara..kat sebelah pertama komplex, ada jer org buta yg diiringi org2 sihat minta derma..
dengan ikhlasnya,,aku pun bersedekah senyuman yg tulus ikhlas lahir dari hati untuk mereka..
sekali-sekala jer hulur..hehehe..
anyway..senyum itu memang penyejuk hati kan??

q u r c y a :
ah,tu sdh mesti. either dorang mmg susah nk ukirkan senyuman, dorang ada masalah lain dalam fikiran waktu tu,atau mungkin dorang tk nmpk...
mungkin jgk org tkt nk senyum balik sbb dorang ingatkan kte senyum kt orang lain.tkt paisey lh plak kan?huhu..
wallahu a'lam. :)


maksu ummi :
Salam Sue...
actly akak ni mmg jenis suke senyum... susah nak tengok akak muke masam dulu...
kalau x silap masa form 4 laa akak g camping, last program tu... sebab form 5 dah x leh nak join.
jumpa sape^2 pun akak mmg akan senyum... nak tgk masam tu susah sangat.
Tup^2 satu fesi ni tegur akak... mmg suke senyum ek... akak terus tutup mulut. hihihi malu juga la..
tp sampai skrg still kawan baik dgn dia... tp cam adik ni x pe lagi kalau dia buat selamber... mmg agak terasa laa juga..
tp kalau kena cam akak macam tahun lepas.. siap jeling lagi... tu bukan terasa hati... jantung, buah pinggang semua terasa
hihihihi... ok... habis dah citer.. hihihi...

SYAFAZ :
ooohooo...
den pun ponah gak..
ade yg mnusia tuh ble kite da snyum tarik mke lak..
nak jeling2..
mak o0o0o0oii..
kte pnye la snyum kat die..die wat kte cam gitu ghupe lak


Itu je la.. so moral valuenya senyum sokmo :)

Wednesday, September 02, 2009

Andai Ini Ramadhanku Yang Terakhir

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]

Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..

Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..
ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR…


p/s : copy from bulletin fs akhi "shah inteam square"..akhi,syukran...