FEBRUARI
Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Intelligent, bijak dan genius
Berpesonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamerkan marahnya
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamerkan emosi..
Erm.. Act entry ni sue copy daripada blog abg hizami.. Hee.. Jangan marah ye.. Tapi kan.. Karektor tu ada yg takde kena mengena dgn sifat n sikap sue..hehe.. Yg sipi2 pun ada.. Yg tepat pun ada :)
Just kajian je kan.. Mana nak betul 100%..
Huhu..masuk topik lain pulak eh.. Erm..petang tadi sue ikut family ke Sabasun.. Ramai betul org.. Jalan punya jalan.. Ternampak 1 pasangan bahagia nih.. Si husband dukung anak.. Sue respect betul lah kat dia..hehe.. Masa sue jalan tepi dia.. Sue dgr dia baca Al-Fatihah di telinga anak dia.. :) hee.. Seronok plk tgk.. Mereka nampak mcm pasangan ustaz ustazah.. Mesti si anak jadi anak yg soleh nanti.. Insyaallah.. :D
Friday, December 11, 2009
Karektor Kelahiran
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 12/11/2009 2 comments
Labels: Biografi, perkongsian
Tuesday, December 01, 2009
Kriteria Lelaki Soleh
Sama-sama kita teliti kriteria Lelaki Soleh impian Wanita Solehah... Walaupun kita sendiri sebagai wanita muslimah punya banyak kelemahan, namun jauh di sudut hati tentunya mengimpikan seorang lelaki yang soleh yang bakal meminpin bahtera dalam rumahtangga yang kita bina. Moga-moga dengan hadirnya pemimpin yang soleh dalam rumahtangga, bakal mencorakkan rumahtangga yang soleh juga... Tetapi perlu diingat, sekalipun kita punya kelemahan dari pelbagai aspek, jangan terus-terusan hidup dalam kekurangan dan kelemahan tersebut. Sedaya mungkin, kita juga perlu berusaha ke arah menjadi wanita solehah yang diimpikan... Insya Allah, mudah-mudahan... Mari sama-sama kita baca...
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah swt.
17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri di atas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt setelah para nabi dan orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh..
p/s : dah lama xupdate artikel2 mcm ni..
Impianku solehah..
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 12/01/2009 6 comments
Labels: perkongsian
Sunday, September 06, 2009
10 Perkara
Perkara-Perkara Yang Mendatangkan Kebahagiaan
"Bersabarlah Allah pasti memberi jalan keluar"
Mudah-mudahan jalan keluar itu segera sampai..
Doktor Dick , pakar kejiwaan terkenal berbangsa Amerika, berkata: Untuk mencapai hidup yg bahagia hendaklah menerusi 10 formula :
1. Mengerjakan sesuatu yg disenangi. Jika dalam pelaksanaannya ada halangan, maka cublah melakukan apa
yg menjadi kesenangan anda pada waktu anda lapang atau ketika anda sibuk..
2. Mengambil berat dgn kesihatan sgt penting, kerana kesihatan adalah kunci kebahagiaan itu sendiri. Caranya banyak antara lain menjaga keseimbangan pemakanan, bersukan dan menjauhi kebiasaan yg tidak sihat..
3. Mempunyai matlamat hidup yg jelas, kerana ia yg akan membuat seseorang bersemangat..
4. Rela dan redha menerima kehidupan apa adanya termasuk pahit maungnya hidup itu..
5. Menumpukan perhatian pada hidup yg ada hari ini, tidak menyesali yg telah lalu, dan tidak bersikap gelisah
menghadapi hari esok yg belum tentu sampai..
6. Mampu berfikir dalam kerja dan berani mengambil keputusan. Tidak menyalahkan orang lain jika keputusan yg di ambil salah..
7. Selalu memerhatikan orang yg lebih rendah ditinjau dari status ekonomi dan sebagainya..
8. Tidak pelit memberi senyuman dgn wajah berseri dan sentiasa berkawan dgn meraka yg optimis..
9. Bersedia membantu orang lain supaya mereka bahagia kerana dgn
demikian dia juga akan mendapat tempias kebahagiaan itu..
10. Mampu merebut peluang dan kesempatan berharga dan menjadikannya sebagai pusat kebahagiaan..
PEDOMAN HIDUP : Jalanilah harimu dgn gembira dan berbuatlah dgn bersungguh-sungguh. Dapatkanlah sesesuatu yg dapat mencegah kesusahan sebelum ia menyerang anda.
"SETIAP WAKTU DIA DALAM KESIBUKAN"
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 9/06/2009 0 comments
Labels: perkongsian
Thursday, July 30, 2009
Cinta..
Assalamualaikum wr.
Perasaan cinta sesama manusia sudah tentu wujud di dalam setiap insan.Cinta Ibu Bapa...
Cinta adik-beradik...
Cinta saudara-mara...
Cinta sahabat karib...
Cinta yang bukan mahram...
Cinta yang terakhir tu memang wujud namun janganlah kita terlalu taksub dengannya.
Jangan kerana ia,kita abaikan cinta yang PALING penting- Cinta kepada Allah.
Jika si dia sentiasa memberikan kita hadiah,
Allah sentiasa memberikan kita nikmatNya.
Jika si dia sentiasa menemani kita ke sana ke mari,
Allah sentiasa menemani dan melindungi kita di mana-mana 24jam.
Jika si dia sentiasa membuat kita terhibur dan gembira,
dari mana datangnya perasaan itu jika bukan dari Allah?
Jika si dia sentiasa membantu kita,
bantuannya itu tak akan berlaku tanpa keizinan Allah.
Sanggupkah kita lebihkan cinta dia dari cinta Allah yang mencipta kita?
Sanggupkah kita mementingkan kehendak si dia dari kehendakNya?
Sanggupkah kita melafazkan kata-kata cinta kepada si dia sebelum melafazkanNya kepada yang Maha Penyayang?
Sanggupkan kita gadaikan agamaNya semata-mata untuk bersama si dia?
tak sanggup...
Sesungguhnya, tidak akan ada dalam hati cinta kepada Allah sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia...
Ketahuilah cinta Allah itu kekal selamanya.Dalam Islam,cinta yang utama adalah cinta kepada Allah.
Kedua,kepada agama.
Ketiga,kepada Ibu Bapa tersayang.
Keempat,kepada pasangan yang halal.
Kerana wajah tidak kekal selamanya dan perangai akan berubah tanpa akidah.
Semoga blog post ini menjadi peringatan kepada diri ini yang sering terlupa dan lalai dan juga kepada sesiapa yang membaca insyaAllah.Wallahua'lam.
Assalamualaikum..
p/s : semoga artikel ini bermanfaat..
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 7/30/2009 0 comments
Labels: copy, perkongsian, renungan



