BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 01, 2009

Kriteria Lelaki Soleh

Sama-sama kita teliti kriteria Lelaki Soleh impian Wanita Solehah... Walaupun kita sendiri sebagai wanita muslimah punya banyak kelemahan, namun jauh di sudut hati tentunya mengimpikan seorang lelaki yang soleh yang bakal meminpin bahtera dalam rumahtangga yang kita bina. Moga-moga dengan hadirnya pemimpin yang soleh dalam rumahtangga, bakal mencorakkan rumahtangga yang soleh juga... Tetapi perlu diingat, sekalipun kita punya kelemahan dari pelbagai aspek, jangan terus-terusan hidup dalam kekurangan dan kelemahan tersebut. Sedaya mungkin, kita juga perlu berusaha ke arah menjadi wanita solehah yang diimpikan... Insya Allah, mudah-mudahan... Mari sama-sama kita baca...


1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.

16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah swt.

17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Selain daripada ciri-ciri di atas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt setelah para nabi dan orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh..


p/s : dah lama xupdate artikel2 mcm ni..

Impianku solehah..

6 comments:

abdullah luqman osman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Musafir Kasih said...
This comment has been removed by the author.
Putraz April said...

salam ziarah.. blog yang menarik...teruskan perjuangan...

Musafir Kasih said...

wslm..
thanxx ye...

abdullah luqman osman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Musafir Kasih said...
This comment has been removed by the author.