BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 12, 2009

::amalan:: -1-

Sebelum subuh:

1.Tahajjud.
Firman Allah: (Apakah kamu wahai orang musyrik yang lebih beruntung)
atau orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri,
sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?
(Surah al-Zumar, 9).

2.Bersahur. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Bersahurlah sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatannya – HR Bukhari dan Muslim.

3.Beristighfar
sehingga azan subuh. Firman Allah: (Dan di akhir-akhir malam mereka
beristighfar (memohon keampunan kepada Allah). (Surah Al-Dhariyat: 18).

4.Solat sunat Fajar. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Dua rakaat fajar itu lebih baik dari dunia dan seisinya – HR Muslim.



Selepas terbit fajar:

1.
Bersegera untuk menunaikan solat subuh berjamaah. Sabda Rasulullah
(s.a.w.): Andainya mereka tahu (kelebihan) solat Isya.. dan Subuh,
nescaya mereka akan datang walaupun merangkak – HR Bukhari dan Muslim.

2.
Berzikir dan berdoa sehinggalah iqamat untuk solat Subuh. Sabda
Rasulullah (s.a.w.): Doa yang tidak ditolak antara azan dan iqamat – HR
Ahmad, Tirmidhi dan Abu Dawud.

3. Duduk di masjid untuk zikir dan
membaca al-Quran sehingga terbit matahari. Rasulullah (s.a.w.) terus
berada ditempat duduknya sehingga terbit matahari – HR Muslim.

4.
Solat sunat dua rekaat. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Sesiapa yang
melakukan solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir (mengingati
Allah) sehingga terbit matahari, kemudian ia bersolat dua rekaat
baginya pahala laksana menunaikan haji dan umrah selengkapnya – HR
Tirmidhi.

5. Berdoa supaya diberkati sepanjang hari. Sabda
Rasulullah (s.a.w.): Ya Allah sesungguhnya aku bermohon darimu kebaikan
bagi hari ini, permulaannya, pertolongannya,​ cahayanya,
keberkatannya dan petunjuknya dan aku berlindung dari keburukan yang
terdapat padanya dan keburukan sesudahnya – HR Abu Dawud..

Bersambung~~

0 comments: