BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 31, 2009

Mehnah Perjuangan

Saturday, February 14, 2009

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dalam melaksanakan yang hak dan Sunnah Allah SWT, telah terbuktikan bahawa ahli-ahli kebatilan sentiasa menentang dan memerangi para mujahid-mujahid Islam. Mereka sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam.

Sekiranya Allah SWT berkehendakkan untuk menghalangi perbuatan ahli-ahli kufur ini Allah SWT Maha Berkuasa, tetapi Allah SWT ingin menguji para hambanya yang menegakkan kalimah Allah SWT.

“Apakah kamu menyangka kamu akan dimasukkan ke syurga, sedangkan kamu belum diuji sebagaimana halnya golongan orang yang terdahulu sebelaum kamu? Mereka ditimpa mala petaka dan kesengsaraan seta digoncangkan (dengan cubaan) sehingga berkata Rasul dan orang yang beriman bersamanya: Bilakah akan datang pertolongan Allah. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
Surah al-Baqarah: ayat 214

Iman itu bukan kata-kata begitu sahaja tetapi iman itu adalah menempuh ujian dan rintangan. Iman bukan sekadar hiasaan dan dakwaan semata-mata atau lahir dalam ketika dan musim tertentu sahaja tetapi apa yang tertanam di dalam hati dan diterjemahkan dengan perbuatan. Apabila kita berjaya menghadapi ujian-ujian dari Allah SWT bermakna kita telah mendapat kejayaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Apakah manusi itu mengira bahawa mereka dibiarkan (begitu sahaja) dan mengatakan: Kami telah beriman. Sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang berdusta.”
Surah al-Ankabut: ayat 2-3

Ujian-ujian adalah merupakan tapisan-tapisan untuk membezakan golongan Mu’min dengan golongan Munafiq. Ujian-ujian ini mengukuhkan keimanan mereka. Sehingga mereka layak menerima kemenangan dari Allah SWT. Sehingga mereka berjaya untuk menegakkan hukum Allah SWT. Segala amanah yang banyak telah mereka laksanakan dengan baik tanpa berlaku penyelewengan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Perkasa (iaitu) orang-orang yang Kami teguhkan kedudukan mereka, mendirikan solah, menunai zakah, menyuruh membuat ma’ruf dan mencegah dari membuat munkar dan kepada Allah jua kembali segala urusan.”
Surah al-Hajj: ayat 40-41

Kita mesti sedar bahawa jalan ini bukanlah jalan yang ditaburi bunga-bunga dan dibentangkan permaidani-permaidani indah. Jalan kita adalah jalan yang dipenuhi duri-duri dan menempuh berbagai tribulasi dan cabaran yang penuh dengan kesukaran dan penderitaan.


Wallahu ‘Alam.


p/s : syukran sahabat..

0 comments: