1. Kuterpekur
2. Semua Manusia Sama (SMS)
3. Rahasia Hati
4. Memori Kita
5. Ramadhan
6. Ketulusan Jiwa
7. Pepeling
8. Kelezatan Iman
9. Keagungan Tuhan (Amrullah)
10. Rahasia Hati (Minus One)
Alhamdulillah.. akhrnya aku berjaya memiliki album di atas.. (Nahawan - Rahasia Hati)
Dah dgr lagu2 ni semua.. Boleh layan.. Album ni daripada Indonesia.. Cik Nurull Halawati yg tlg poskan utk aku.. Jadi di kesempatan ni.. nak ucap jutaan terima kasih kepada kak Nurull sbb dah pos album ni.. dan terima kasih buat akh Dodi yg bawa album ni dr Indonesia ke Malaysia sewaktu berkunjung ke Malaysia baru2 ni sempena pelancaran novel Stanza Cinta..
p/s : kak Nurull.. bagitau la harganya.. hee :)
Saturday, May 01, 2010
Rahasia Hati
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 5/01/2010 0 comments
Friday, April 16, 2010
nasi semangat
salam pembuka bicara.. (sdg berfikir apa yg patut ditulis)
huhu rasanya dah lama sgt x update blog ni.. malas + xtau nk update pasal pe..
NASI SEMANGAT.. apa kaitan nasi semangat dgn entry kali ni?? erm..kalau pasal nasi semangat tu,xlain dan xbukan.. pasal kawen lah..hehe
tp ape lak kaitan sue dgn kawen ni?? hah biarlah rahsia (hakikatnya xde rahsia pun) apa la yg aku mengarut2 ni..sori lah sapa2 yg baca ni, ntah pape je..
next week ktorg satu family (padahal ummi je) akan bertungkus lumus menyediakan nasi semangat + telur merah utk 1 majlis perkahwinan.. rasanya dah lama dh ummi x buat nasi ni walaupun utk dmakan sendiri lebih 6bulan la jgk xbuat.. huh,dah dpt bygkan cemana keadaan ummi buat nasi tu nanti,pasti ada yg menyibuk (adik la tu)
tambah2 bila buat telur merah tu..tp zaman skrg ni mana ada lagi org wat telur merah.. leceh je la..nk kena letak sirap lagi.. abes la nanti tgn berbekas sirap..huh
erm..cakap sal nasi ni rasa cam mengidam je..heh kalau dpt makan ni best jugak :p ape2 hal tunggu je la next week..
skrg ni jugak sue tgh belajar buat kek lapis sarawak..xbuat lagi..cg tengah sibuk.. xleh nak ajar lagi.. nk jgk rasa cemana keperitan wat kek ni :) harap2 nt bila wat jadi lah.. makcik cakap kalau jadi boleh jual kt KT ni.. tp laku ke? rakyat KT ni bukan suka sgt.. (memandai je aku ckp gni) tgk kat giant pun xlaku pun kek lapis tu.. berlambak2..
erm..dari nasi semangat ke kek lapis..(pasal makanan je) apa motifnya? haha..xde motif..saje2 nk tulis kt sini.. saje la konon2.. nampak sket blog ni TERupdate.. hehe.. dh xde pape dh ni.. sekian saja..hehe..
wassalam..
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 4/16/2010 2 comments
Labels: Biografi
Thursday, March 25, 2010
Wahai Muslimah
MUSLIMAH SEJATI
Muslimah sejati akan
menghiasi keperibadiannya
dengan budi pekerti yang
luhur dan keimanan yang
murni. Fitrah kasih sayang
tersimpan dalam perasaannya
yang halus sehingga
membuahkan kelembutan dan
kehalusan perasaan insaniah.
Jika sentiasa dijaga dengan
didikan syariah, mereka akan
menghiasi taman syurgawi di
akhirat nanti. Alangkah
indahnya dunia ini jika dihiasi
muslimah solehah yang
berpegang teguh dengan
ajaran Islam dan menghiasi
bibirnya dengan perkataan
yang mulia dan berzikir.
Hatinya tunduk dan patuh
dengan perintah Allah SWT
dan menjalankan kewajipan
insani sesuai dengan
ketentuanNya.
Muslimah sejati bagaikan
bunga yang mekar
menguntum menceriakan
suasana dan taman-taman.
Personaliti wanita idaman
bagaikan kiambang bertaut
setelah biduk berlalu.
Betapapun cabaran dan
dugaan yang mesti ditempuh,
namun kebulatan tekad
menyatukan kembali hasrat
kebenaran di dalam nurani.
Ketaatannya menyejukkan
kalbu, bagaikan titisan embun
di pagi yang dingin sehingga
menjadi suri teladan generasi
yang akan datang. Perhatian
Islam terhadap wanita tidak
sekadar melepaskannya dari
lembah bernoda menuju
kedudukan yang mulia. Namun
lebih daripada itu, wanita
diberikan keistimewaan dalam
merealisasikan fantasi dan
impiannya. Anugerah
keringanan dan keistimewaan
itu memberikan keselesaan
kepada wanita dalam
menjalani tugas dan
tanggungjawabnya.
WANITA YANG DIKASIHI
Wanita bagaikan permata
yang lama terkubur di lembah
kejahilan. Kehidupannya
kembali mewangi ibarat
sekuntum bunga yang mekar
setelah disinari cahaya oleh
insan yang berbudi luhur.
Rasulullah SAW telah
mengangkat darjat wanita ke
tahap yang paling tinggi,
sehingga pengorbanan wanita
selalu dikenang oleh setiap
insan, kelembutannya
menyejukkan hati bila
memandang. Tiada seorang
wanita pun yang ingin diseksa
dengan penuh kehinaan
lantaran dosa yang dikerjakan.
Namun ramai wanita yang
suka mendedahkan aurat,
melakukan dosa-dosa lain
yang menyebabkan ia menjadi
penghuni neraka. Hanya
wanita yang memahami
hakikat kewanitaannya akan
menghargai dirinya sendiri dan
membimbing dirinya ke jalan
yang diredhai Allah.
WANITA SOLEHAH
Wanita solehah merupakan
calon penghuni syurga,
menjadi dambaan insan yang
beriman bagaikan teratai
mekar di tasik madu.
Keindahan akhlaknya
memancarkan keluhuran
nurani, menyejukkan hati dan
penyeri budi pekerti.
Ucapannya menepis fitnah dan
kemungkaran, membuahkan
hikmah umpama senandung
rindu syair keinsafan. Setiap
nasihat dan wasiat yang
disampaikan Rasulullah SAW
menjadi pelita dalam
kehidupan seorang wanita
solehah. Buaian nafsu dan
kenikmatan dunia bagaikan
biasan cahaya yang tidak
meninggalkan bekas dalam
sanubarinya. Kezuhudannya
tersimpan rapi dalam mahligai
impian untuk dinikmati dalam
taman-taman syurgawi.
Semoga menjadi pedoman
wanita yang ingin menjadi
remaja cemerlang, isteri
solehah, dan ibu yang
penyayang, InsyaAllah.
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 3/25/2010 0 comments
Labels: ilmiah
Friday, March 12, 2010
Ujian Sementara
Assalamualaikum.. Rasanya dah lama xmenulis tentang diri sendiri di blog ni.. Harini rasa cam nak menulis je.. Firstly nak ucap tahniah kepada makcik - Hartini coz baru dapat anak baru.. Opps.. anak buah baru.. Semoga anak itu menjadi anak yg solehah.. Amin..
Ok~ Seterusnya nak cerita pasal peristiwa yg berlaku pada pagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia keluar.. huhu.. tapi sebelum tu, Sue xmau gtau result Sue kat sini malu..haha.. Yang dah tau diam2 sudah ^_~
Ada sikit kesulitan berlaku pada pagi result keluar.. Sungguh ujian itu menguji kesabaranku kerana pagi hari tersebut Sue xdapat pegi sekolah dan result pun xleh ambil.. Malam sebelum result keluar dah janji dgn member2 nak jumpa terutama cik Akleema, Zuraiza n Farez.. Melepaskan rindu (chewah) Rindu lama xjumpa.. Tapi nk buat camne manusia merancang Allah menentukan.. Keesokan paginya tu diriku dilanda masalah.. Innalillah~
Alhamdulillah segalanya selesai bila Allah memberi jalan keluar untukku.. Dan memohon jutaan kemaafan kepada sahabat2ku (5Arif) dan bonda tercinta Puan Raja Norasiah.. Maaf kerana menyusahkan kalian.. (walaupun ada yg xbaca tetap nk tls jgk sbg penghargaan dan kenangan..hehe)
1 lagi.. Sue nk abadikan nama someone dalam blog ni.. Beliau seorg insan yg bermotivasi tinggi, hidupnya ibarat tiada masalah.. Subhanallah.. Tapi bila ditanya2.. Maka dapatlah daku membuat kesimpulan, he always think positive.. Setiap hari beliau membuatkan ku bahagia, tenang, gembira (haha..bahaya statement ni..abisla kalau awek dia tau)
EGM itulah nama beliau.. hehe.. { kepada Tinie yg tau siapakah beliau : ha.. jangan nakal2.. diam2 sudah.. haha }
ah!! itu sajelah.. sekian wassalam..
p/s : tahniah buat sahabat2 yg cemerlang..
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 3/12/2010 1 comments
Thursday, March 04, 2010
Cara Mudah Menghafal Nama Surat dalam Al-qur'an
Saya khataman al-qur'an dimulai dengan membaca surat PEMBUKAAN. Cerita pertama adalah tentang SAPI BETINA dilanjutkan dengan kisah KELUARGA IMRAN yang bercerita tentang wanita AN-NISA yang sedang menyediakan HIDANGAN untuk BINATANG TERNAK yang memiliki kandang di TEMPAT-TEMPAT YANG TINGGI yang dibagikan sebagai HARTA RAMPASAN PERANG bagi orang yang TAUBAT seperti taubatnya YUNUS.
Susunan cerita (Nama Surat):
PEMBUKAAN (Al-Fatihah)
SAPI BETINA (A-Baqarah)
KELUARGA IMRAN (Ali Imran)
WANITA (An-Nisa)
HIDANGAN (Al-Maidah)
BINATANG TERNAK (Al-An'am)
TEMPAT-TEMPAT YANG TINGGI (Al-A'raf)
HARTA RAMPASAN PERANG (Al-Anfal_
TAUBAT (Al-Taubah)
YUNUS (Yunus)
Kita lanjutkan dengan kisah ke 2 (surat 11 - 20):
HUD dan YUSUF berlindung dari PETIR sementara IBRAHIM berlindung di PEGUNUNGAN HIJR tempat dimana para LEBAH memulai PERJALANAN MALAM menuju ke GUA tempat bersembunyinya MARYAM dan THOHA.
Susunan Cerita (Nama Surat):
HUD (Hud)
YUSUF (Yusuf)
PETIR (Al-Rad)
IBRAHIM (Ibrahim)
PEGUNUNGAN HIJR (Al-Hijr)
LEBAH (An-Nahl)
PERJALANAN MALAM (Al-Israa)
GUA (Al-Kahfi)
MARYAM (Maryam)
THOHA (Thahaa)
Cerita 3 (Surah 21 - 30):
PARA NABI melaksanakan HAJI diikuti ORANG-ORANG BERIMAN yang berpakaian ihram putih laksana CAHAYA yang menjadi PEMBEDA ANTARA YANG HAQ DAN BATHIL seperti ceritanya PARA PENYAIR tentang SEMUT dalam kitab KISAH-KISAH dan juga tentang LABA-LABA dijaman BANGSA ROMAWI.
SUSUNAN CERITA (Nama Surat):
PARA NABI (Al-Anbiya)
Haji (Al-Hajj)
ORANG-ORANG BERIMAN (Al-Mu'minun)
CAHAYA (An-Nur)
PEMBEDA ANTARA YANG HAQ DAN BATHIL (Al-Furqon)
PARA PENYAIR (Asy-Syuara)
SEMUT (An-Naml)
KISAH_KISAH (Al-Qoshos)
LABA-LABA (Al-Ankabut)
BANGSA ROMAWI (Ar-Rum).
Cerita 4 (Surah 31 - 40):
LUKMAN rajin berSUJUD sementara GOLONGAN YANG BERSEKUTU dan KAUM SABA tidak beriman kepada Yangmaha PENCIPTA. Surah YASIIN dibaca oleh orang YANG BERSHAF-SHAF membentuk huruf SHOD berupa ROMBONGAN-ROMBONGAN dari ORANG-ORANG YANG BERIMAN.
SUSUNAN CERITA (Nama Surat):
LUKMAN (Luqman)
SUJUD (As-Sajdah)
GOLONGAN YANG BERSEKUTU (Al-Ahzab)
KAUM SABA (Saba)
PENCIPTA (Faathir)
YASIIN (Yaasiin)
YANG BERSHAF-SHAF (As-Shaafat)
SHOD (Shod)
ROMBONGAN-ROMBONGAN (Az-Zumar)
ORANG YANG BERIMAN (Al-Mu'min)
Cerita 5 (Surah 41 - 50):
YANG DIJELASKAN dalam MUSYAWARAH itu adalah tentang hukum PERHIASAN bukan tentang KABUT yang membuat orang YANG BERLUTUT di BUKIT-BUKIT PASIR, hal ini menjadikan MUHAMMAD memperoleh KEMENANGAN ditandai dengan KAMAR-KAMAR yang bertuliskan huruf QOF.
SUSUNAN CERITA (Nama Surat)
YANG DIJELASKAN (Fushilat)
MUSYAWARAH (Asy-Syuura)
PERHIASAN (Az-Zukhruf)
KABUT (Ad-Dukhan)
YANG BERLUTUT (Al-Jatsiyah)
BUKIT-BUKIT PASIR (Al-Ahqof)
MUHAMMAD (muhammad)
KEMENANGAN (Al-Fath)
KAMAR-KAMAR (Al-Hujurat)
QOF (Qof)
Cerita 6 (Surat 51 - 60):
ANGIN YANG MENERBANGKAN bertiup ke arah BUKIT saat BINTANG dan BULAN bersinar sebagai bukti YANG MAHA PEMURAH akan mendatangkan HARI KIAMAT yang melumerkan BESI pada saat WANITA YANG MENGAJUKAN GUGATAN mengalami PENGUSIRAN membuatnya menjadi PEREMPUAN YANG DIUJI.
SUSUNAN CERITA (Nama surat):
ANGIN YANG MENERBANGKAN (Adz-Dzariyat)
BUKIT (At-Thur)
BINTANG (An-Najm)
BULAN (Al-Qomar)
YANG MAHA PEMURAH (Ar-Rahman)
HARI KIAMAT (Al-Waqiah)
BESI (Al-Hadid)
WANITA YANG MENGAJUKAN GUGATAN (Al-Mujadilah)
PENGUSIRAN (Al-Hasyr)
PEREMPUAN YANG DIUJI (Al-Mumtahanah)
sumber : FBI FATETA IPB
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 3/04/2010 2 comments
Wednesday, February 24, 2010
23/2/1992 - 23/2/2010
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. Tarikh 23/2/92 di Hospital Besar Kuala Terengganu (kini HSNZ) seorg insan yg diberi nama Noor Syuhada bt Mohammed telah selamat dilahirkan oleh Fauziah bt Mustaffa melalui pembedahan hasil perkahwinan bersama Mohammed b Muda.. Dan semalam (Selasa) 23/2/2010, umurnya telah meningkat kepada 18 tahun..
Bersyukur pada-Nya kerana masih memberi peluang utk daku bernafas di dunia ini.. Semoga amalku di dunia semakin bertambah.. Terus beramal dan berjuang di atas bumi ini.. Insyaallah..
Sue xnk tulis panjang (kepala tgh sakit).. Cuma nak curahkan sedikit perasaan terharu yg teramat sangat di sini.. Semalam Sue dapat hampir 70 ucapan selamat hari lahir berserta iringan ucapan daripada sahabat2 dan saudara2 Sue.. Terima kasih yg tak terhingga utk semuanya.. ^,^
Dan yg paling terharu Sue dapat 1 photo daripada ANN (Asosiasi Nasyid Nusantara) Jateng.. Foto yg sangat indah.. Subhanallah.. Tapi syg tak dapat tunjuk d sini coz just update by phone..
Sekian utk kali ini.. Wassalam (",)
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 2/24/2010 0 comments
Labels: Biografi
Saturday, February 20, 2010
'Ibu.. Ceritakan Aku Ikhwan Yang Sejati'
Seorang remaja pria bertanya pada ibunya: Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati…
Sang Ibu tersenyum dan menjawab…
Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya...
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran..
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu…
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya...
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…
Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca Al-Quran, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…
Setelah itu, ia kembali bertanya…
” Siapakah yang dapat memenuhi kriteria seperti itu, Ibu ?”
Sang Ibu pun memberikan bukunya sambil berkata…
“Pelajari tentang dia…”
ia pun mengambil buku itu
“MUHAMMAD”, judul buku yang tertulis di buku itu...
12 Rabiul Awal bakal tiba.. Penulis blog mengucapkan Salam Maulidurrasul kepada semua pembaca blog.. (",)
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 2/20/2010 0 comments
Thursday, February 18, 2010
Kisah Seram
Copy and Paste~
Kisah ni btul2 trjadi... Takut beb... Patut la penjara tu cm mnyeramkan.......huh!!!!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kauu sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' hehehehehee........ ......... ..... time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca......
p/s : Hehe.. Sape yg dah baca kisah ni mintak maaf la ye.. Daku juga tertipu..
Secangkir Bingkisan Musafir Kasih at 2/18/2010 0 comments
Labels: Santai