BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 24, 2010

23/2/1992 - 23/2/2010

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Tarikh 23/2/92 di Hospital Besar Kuala Terengganu (kini HSNZ) seorg insan yg diberi nama Noor Syuhada bt Mohammed telah selamat dilahirkan oleh Fauziah bt Mustaffa melalui pembedahan hasil perkahwinan bersama Mohammed b Muda.. Dan semalam (Selasa) 23/2/2010, umurnya telah meningkat kepada 18 tahun..

Bersyukur pada-Nya kerana masih memberi peluang utk daku bernafas di dunia ini.. Semoga amalku di dunia semakin bertambah.. Terus beramal dan berjuang di atas bumi ini.. Insyaallah..

Sue xnk tulis panjang (kepala tgh sakit).. Cuma nak curahkan sedikit perasaan terharu yg teramat sangat di sini.. Semalam Sue dapat hampir 70 ucapan selamat hari lahir berserta iringan ucapan daripada sahabat2 dan saudara2 Sue.. Terima kasih yg tak terhingga utk semuanya.. ^,^

Dan yg paling terharu Sue dapat 1 photo daripada ANN (Asosiasi Nasyid Nusantara) Jateng.. Foto yg sangat indah.. Subhanallah.. Tapi syg tak dapat tunjuk d sini coz just update by phone..

Sekian utk kali ini.. Wassalam (",)

Saturday, February 20, 2010

'Ibu.. Ceritakan Aku Ikhwan Yang Sejati'

Seorang remaja pria bertanya pada ibunya: Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati…

Sang Ibu tersenyum dan menjawab…
Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran..

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca Al-Quran, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…


Setelah itu, ia kembali bertanya…
” Siapakah yang dapat memenuhi kriteria seperti itu, Ibu ?”

Sang Ibu pun memberikan bukunya sambil berkata…
“Pelajari tentang dia…”

ia pun mengambil buku itu
“MUHAMMAD”, judul buku yang tertulis di buku itu...




12 Rabiul Awal bakal tiba.. Penulis blog mengucapkan Salam Maulidurrasul kepada semua pembaca blog.. (",)

Thursday, February 18, 2010

Kisah Seram

Copy and Paste~

Kisah ni btul2 trjadi... Takut beb... Patut la penjara tu cm mnyeramkan.......huh!!!!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kauu sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' hehehehehee........ ......... ..... time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca......


p/s : Hehe.. Sape yg dah baca kisah ni mintak maaf la ye.. Daku juga tertipu..

Tuesday, February 16, 2010

Mujahidah Idaman Mujahid




"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini.
Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri..." (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain.

Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan
kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa.

Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."

(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Amin Ya Rabb..


buat Mujahidah,drpd Mujahid :
"Inilah maharku untukmu
Seperti ini kumampu
Sepenuh hati kuberikan
Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci"

Maharku Untukmu by Alief


p/s : maaf..entry kali ni agak cenderung ke arah ini.. dan sebelum2 ni ramai yg kata blog ni byk pasal nikah..hehe.. sorry kpd sapa2 yg tak selesa..

Sunday, February 14, 2010

Hiasan Dunia

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

p/s : buat sahabat2ku yg bergelar muslimah.. sama2lah kita menjadi seorg gadis yg solehah.. Hidup bersyariat (",)

Saturday, February 06, 2010

Tentang HiDup

"Tentang Hidup"
by Azmi The CS

Batang usiaku telah rapuh
Perlahan termakan dosa
Bimbang hatiku tiada sandaran...
Pulang....
*********
Hidupku penuh dengan liku
Tiada tempat bersandar
Hanya
Dia yang kuinginkan
Tuhan.....

Reff:
Hidup tiada abadi
Namun dia Kekal
Tak kan bisa kembali ulang
******
Manfaatkan usiamu
Jangan pernah siakan
Hidup ini hanya sebentar..
Hanya sebentar..


Salam.. Alhmdulillah Sue dberi kepercayaan utk promote segala berkaitan nasyid di blog ni.. Atas kerjasama dgn sahabat2 nasyid di Indonesia.. Maknanya blog Sue lepas ni penuh dgn nasyid la.. Hehe.. Tapi bukan hanya nasyid sana je.. Juga nasyid kita di sini (",)

Thursday, February 04, 2010

SaJaK SYED QUTB

Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau sirami pusaraku dgn air matamu
Maka di atas tulangku yg hancur
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara,
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yg sdg merindu
Taman2 syurgaNya bangga menerimaku
Burung2Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi..

Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Jgn gentar berkelana dia ala abadi,
Nun di sana,fajar sdg memancar

9 MiMPi RASULULLAH

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam
aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh
malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA..


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah..


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu..


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas..


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku..


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang..

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya..


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke
mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut..


BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Wasalam

Tuesday, February 02, 2010

Rintihan Cinta

NIKAH
Lirik : Alief
Vokal : Alief

Aku Serahkan Cintaku Padamu Tulus
Nikah Karna Ibadah
Menikah Karna Ibadah
Kan Ku Mohonkan Rahmat-Nya
Untuk Sayangi Kita

Nikah Karna Ibadah
Menikah Karna Ibadah
Kan Ku Kuatkan Cintaku
Cinta Karena-Nya

Aku Berikan Maharku Untukmu
Saksikan Niatku Saat Kau Terima
Tanpa Keraguan





ANUGERAH CINTA
Lirik : Alief
Vokal : Alief

Sendiri Aku Rasakan Di Dunia Ini
Sepi Aku Rasakan Tanpa Dirimu
Saksi Semesta Raya Atas Cintaku
Untukku Agung Maharmu Telah Ku Terima

(*)
Anugerah Cinta Yg Kau Beri
Hampiri Jiwa Ini
Ya Rabbi Lindungi Kami
Rahmati Cinta Ini

Ya Rabbi Takdirkan Kami
Selalu Bersama
(*)

Aku Mencintainya
(*)






Sebenarnya saje je nak publish lirik 2 lagu ni kat blog Sue.. First time dgr lagu2 ni + lagu Bersimpuh by Alif mmg da jatuh hati.. Huhu.. Best lagunya.. Suara juga bagus.. Sapa2 yg nak dgr lagu Alief,kalian boleh cari kat 4shared.. Tapi kat 4shared ada lagu Maharku Untukmu je.. Boleh la dgr kalau nak dgr.. Memang lagu nya berkisar romantik sket tapi islamic.. Sebahagian mmg tak suka kot lagu2 jenis mcm ni sebab ibarat menggalakkan tapi klo yg tau menilai dia pandai la handle dan berfikir.. Dan bagi Sue,tak kisah..hehe..

Sapa2 yg nak dgr lagu2 ni tunggu yer.. Tunggu album akh Alif ni release dulu..hehe.. (promote sket)
Sama2 menyokong industri nasyid.. Luar dan dalam negara.. ^,^

p/s : akh Alif maaf klo liriknya tak betul.. (^_~)
ada sikit kekeliruan di part 'YA RABBI TAKDIRKAN KAMI'