BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 07, 2009

Syaitan Menguji Abdul Qadir Jailani

Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah seorang alim ulamak ahli sufi,yg cukup dikenali keutamaan akhlak dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sifatnya yg warak atau dekat dgn Allah,ramai pengikutnya yg berlebih-lebihan memuliakannya..

Diceritakan,suatu hari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yg panas terik itu,ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara,lalu perlahn-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu,diceritakan terdengan suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir,minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkanmu makan dan minum semua yg selama ini ku haramkan,dan telah ku gugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yg arif,Abdul Qadir cukup tahu,bahawa suara yg menyerupai wahyu itu cuma suara syaitan yg menggoda keteguhan imannya. Maka,marahlah dia dan berkata : "Hai Malaun,pergilah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan Nabi Muhammd SAW di sisi Allah SWT. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yg diharamkan Allah selamanya,akan tetap haram. Dan kewajipn hamba kepada-Nya tidak pernah digugurkan,termasvk pada diriku," ujarnya..

p/s : wallahualam..

0 comments: