BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 08, 2009

Ghairah Beribadah, Lupa Tertibnya..

Assalamualaikum..

Hak-hak yg harus dipenuhi kita sbg hamba Allah di dunia ini terdapat byk sekali. Hak Allah,hak org lain dan hak kpd diri kita sendiri. Bagaimanakah Rasulullah membahagikan dan mengatur dlm usaha memenuhi hak2 tersebut?

Anas menceritakan, "Telah dtg 3 org ke rumah Rasulullah & bertanya ttg ibadah baginda. Setelah Rasulullah menceritakan ibadah yg sering dilaksanakannya,mereka seakan2 tidak mempercayainya..
Malah meraka berkata, Apalah ertinya jika hendak dibandingkan dgn Rasulullah s.a.w. Sedangkan baginda tlh mendapat keampunan drpd Allah s.w.t & diampunkan segala dosanya?"

Salah seorg drpd mereka kemudian berkata, "Aku akan selalu bangun & mengerjakan solat pd tgh malam (solat sunat) selamanya."

Manakala,seorg lg berkata, "Aku akan berpuasa spnjg masa tanpa berbuka puasa."

Dan yg terakhir pun berkata, "Aku akan menjauhi wanita & tidak akan berkahwin"

Selepas ketiga2 mereka selesai menyatakan keazaman mereka utk melakukan ibadah demi ketaqwaan mereka kpd Allah,dtglah Rasulullah kpd mereka & bersabda,

"Kalian yg tlh mengatakan begini & begitu? Ketahuilah. Demi Allah,aku org yg plg bertaqwa di antara kalian ttp aku berpuasa & aku berbuka,aku solat & aku tidur & aku berkahwin. Maka,barang siapa yg tidak mahu dgn sunahku,dia bukan dr golonganku." (Muttafaq Alaih)

Moral : Sesungguhnya tiada manusia yg sempurna spt Rasulullah di muka bumi ini,baik sblm & slps kelahiran bagimda. Berdasarkan ksh ini,dpt kita ketahui tidak siapa di antara kita dapat berada di tempat yg setara dgn baginda. Biarpun ketiga2 org yg berjumpa dgn Rasulullah ingin melakukan ibadah spt yg dilaksanakan baginda,mereka terlupa ttg suruhan Allah s.w.t yg lain. Setiap ibadah yg ingin dilakukan mempunyai garis panduannya. Jadi,jgn terlalu ghairah utk beribadat sehingga terlupa akan tatatertib yg harus dipatuh. Lakukan apa jua dgn hati yg ikhlas..

0 comments: