BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 12, 2009

::amalan:: -2-

Sambungan :

6. Keluar
untuk belajar atau bekerja. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Tidaklah bagi
seseorang itu makanan yang lebih baik baginya kecuali dari hasil
kerjanya sendiri kerana Nabi Allah Dawud makan hasil kerja tulang empat
keratnya – HR Bukhari.

7. Memperbanyakkan​ zikir untuk sepanjang hari.

8.
Infaq atau sedekah harian dengan menghayati doa malaikat: Wahai Tuhan!
Kurniakan kepada mereka yang bersedekah itu gantian dari sedekahnya itu.



Zohor:

1.
Solat Dhohor berjemaah pada waktunya dan bersegera padanya. Ibn Mas’ud
berkata: Bahawa Rasulullah (s.a.w.) mengajar kami Sunan al-Huda (
sunnah-sunah petunjuk) dan di antara sunan al-huda itu ialah solat di
Masjid yang digumandangkan azan padanya – HR Muslim.

2. Berehat seketika dengan niat yang baik. Rasulullah (s.a.w.) bersabda: Bagi badan kamu juga ada haknya.



Asar:

1.
Solat ’Asar berjamaah dan didahului dengan solat sunat empat rekaat
sebelumnya. Sabda Rasulullah (s.a.w.) : Allah merahmati orang yang
bersolat empat rekaat sebelum solat fardhu Asar – HR Abu Dawud dan
Tirmidhi.

2. Mendengar tazkirah di Masjid. Sabda Rasulullah
(s.a.w.): Sesiapa yang ke masjid tiada niat lain kecuali untuk
mempelajari kebaikan atau mengajar orang lain baginya laksana pahala
haji yang sempurna pahalanya – HR al-Tabarani.

3. Duduk di masjid.
Sabda Rasulullah (s.a.w.): Sesiapa yang berwudu.. di rumahnya dan
diperelokkan wuduk..nya kemudian ke masjid, ia adalah tetamu Allah
menjadi hak tuan rumah memuliakan tamunya – HR al-Tabarani.



Maghrib:

1.
Berdoa sebelum masuknya waktu solat Maghrib. Sabda Rasulullah (s.a.w.):
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka – antaranya - : Orang yang
berpuasa sehingga berbuka.

2. Berbuka dengan juadah berbuka berserta doa.

3. Solat Maghrib berjamaah di rumah atau di masjid.

4. Wirid petang.

5. Bersama keluarga dan melakukan aktiviti yang bermanfaat.

6. Bersedia untuk solat Isya'.. dan solat sunat Terawih.

Bersambung~~
(n_n)

0 comments: